Skip to content

LEVI’S LANCARKAN ORANGE TAB MUSIM BUNGA 2017

Kongsikan artikel ini

Koleksi terbaru Levi’s® Orange Tab yang dilancarkan baru-baru ini mengekalkan gaya asalnya yang tiada tandingan. Pertama kali digunakan pada rangkaian jeans slim fitting, jaket dan kemeja mampu milik, Levi’s® Orange Tab merupakan simbol gaya dan belia semasa era ‘counterculture’ tahun 1960an. Semenjak itu, pakaian Orange Tab bercirikan ‘old-school’ ini menjadi buruan pengumpul vintaj  serta penggemar-penggemar denim.

Melalui gabungan ciri-ciri lama dan baru, Orange Tab bagi Musim Bunga 2017 menampilkan kemasan berinspirasikan ciri  vintaj yang mengikut potongan dan fabrik terkini. Antara rekaan terbaru khusus untuk lelaki adalah gabungan Orange Tab dengan 510™ Skinny dan 505™C.  Fabriknya berasaskan tenunan 1960an dan fabrik  Orange Tab tahun 1970an tetapi ditambah unsur regangan untuk keselesaan mengikut trend moden hari ini.

Baju-baju, kemeja tee dan knits dipotong agak longgar untuk memberi keselesaan dan memudahkan gerakan,  sementara  Orange Tab Work Shirt merupakan gabungan antara klasik Western dan Work Shirts. Sementara itu, Trucker jacket ikonik diberi sentuhan Orange Tab, seperti  Arcuate  dan kocek welt. Harga antara RM69 hingga RM499.

Melalui gabungan ciri-ciri lama dan baru, Orange Tab bagi Musim Bunga 2017 menampilkan kemasan berinspirasikan ciri  vintaj yang mengikut potongan dan fabrik terkini. Antara rekaan terbaru khusus untuk lelaki adalah gabungan Orange Tab dengan 510™ Skinny dan 505™C.

Fabriknya berasaskan tenunan 1960an dan fabrik  Orange Tab tahun 1970an tetapi ditambah unsur regangan untuk keselesaan mengikut trend moden hari ini. Baju-baju, kemeja tee dan knits dipotong agak longgar untuk memberi keselesaan dan memudahkan gerakan,  sementara  Orange Tab Work Shirt merupakan gabungan antara klasik Western dan Work Shirts. Sementara itu, Trucker jacket ikonik diberi sentuhan Orange Tab, seperti  Arcuate  dan kocek welt. Harga antara RM69 hingga RM499.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR

GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25

GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25

Bacaan Lanjut
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI

Bacaan Lanjut