Skip to content

MALAM PALING MEWAH BERSAMA ERMENEGILDO ZEGNA

Kongsikan artikel ini

Alessandro Sartori boleh dilabelkan sebagai seorang perintis fesyen yang bijak dan kreatif dalam mengemudi lapangan fesyen lelaki. Disertai warga fesyen Singapura, Alessandro Sartori bersama label Ermenegildo Zegna menganjurkan parti eksklusif sempena Singapore Formula Grand One Prix 2018. Glam Lelaki diundang menjadi saksi kepada malam sarat kemewahan tersebut.

Pada 17 September lalu, the Zegna Suit yang bertempat di Hotel Fullerton, Singapura menjadi saksi kepada acara yang berlangsung gemilang. Glam Lelaki antara ratusan tetamu yang dijemput untuk bersama merasai kehangatan pusingan akhir Singapore Formula Grand One Prix. Parti yang bermula jam tujuh petang berlarutan sehingga lewat tengah malam menggabungkan kesinambungan warisan fesyen Ermenegildo Zegna bersama semangat kesukanan yang menjulang Formula Grand One Prix.

Gildo Zegna, CEO Ermenegildo Zegna Group.

The Zegna Suite memuatkan beberapa bahagian, memperlihatkan tetamu tergolong VIP, selebriti, model dan sosialit bergaya sakan. Masing-masing menonjolkan stail yang memukau. Terdapat bahagian yang mempamerkan himpunan Ermenegildo Zegna Musim Luruh/Sejuk 2018 merangkumi sut, baju panas, seluar, jaket, kot labuh, jaket bomber, beg, kasut, dan variasi aksesori kecil. Rata-rata rekaan yang dipamerkan mempunyai ramuan tradisional dan terkini. Sambil beramah mesra antara satu sama lain, tetamu diberi kesempatan untuk mendekati rekaan Ermenegildo Zegna yang terkini.

Alessandro Sartori dan tetamu yang hadir.

Chuando(kiri) memakai Ermenegildo Zegna Couture.

Malam bertambah rancak dengan iringan muzik rentak terkini juga kehadiran dua individu penting disebalik jenama Ermenegildo Zegna. Gildo Zegna, CEO Ermenegildo Zegna Group dan Alessandro Sartori, Pengarah Artistik Ermenegildo Zegna menyertai tetamu untuk bersama untuk mengetahui juara Singapore Formula Grand One Prix 2018. Dari tingkat ‘rooftop’ the Zegna Suite, tetamu boleh menyaksikan pusingan akhir sambil ditemani pemandangan indah kota Singapura yang cukup berkilau.

Gildo Zegna, CEO Ermenegildo Zegna Group dan Alessandro Sartori, Pengarah Artistik Ermenegildo Zegna

Alessandro Sartori sempat ‘mencuri masa’ untuk bertemu saya bagi menjawab beberapa soalan mengenai dirinya juga jenama yang dipimpinnya sekarang iaitu Ermengildo Zegna. Dalam kesibukannya, Alessandro berkongsi pengalaman dan perspektif tersendirinya terhadap dunia fesyen terutamanya di dalam era digital sekarang. Setelah GP F1 Singapura mengumumkan Lewis Hamilton yang mewakili Mercedes AMG Petronas sebagai juara, parti diteruskan lagi dengan putaran lagu oleh DJ Patrick Olivier juga tetamu tak lepas peluang merakam gambar sebagai kenangan.

DJ Patrick Olivier menyarung kemeja T Ermenegildo Zegna Couture XXX.

Tunku Khairul Zaim Naqiuddin, usahawan dan sosialit yang mewakili Malaysia juga hadir dalam persalinan Ermenegildo Zegna untuk memeriahkan majlis. Antara selebriti lelaki lain yang membuat penampilan ialah Benjamin Kheng, Jon Chua dan Jaspal Singh.

Tunku Khairul Zaim Naquiyuddin dan Alessandro Sartori.

Tunku Khairul Zaim Naquiyuddin, Benjamin Kheng dan Jon Chua menyarung Ermenegildo Zegna Couture.

Jaspal Singh dan Alessandro Sartori menyarung Ermenegildo Zegna Couture.

Khan Thaitanium menyarung Ermenegildo Zegna Couture.

Ritz Ang memakai Ermenegildo Zegna Couture XXX.

Oleh Wan Mohd Firdaus (Teks dan gambar oleh Johan Kassim), 16 Oktober 2018

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA

5 STAIL PERIBADI GLENN YONG WAJIB CUBA

Bacaan Lanjut
HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI

HEADPHONE SEBAGAI ITEM FESYEN BERGAYA TERKINI

Bacaan Lanjut
8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI

8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

Bacaan Lanjut
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI

MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI

Bacaan Lanjut
MET GALA: GAYA IKONIK SELEBRITI LELAKI SEPANJANG ZAMAN

MET GALA: GAYA IKONIK SELEBRITI LELAKI SEPANJANG ZAMAN

Bacaan Lanjut