Skip to content

“TUBUH BERSAIZ KECIL BUKAN ALASAN” – ASHRAF RAMLY KONGSI RAHSIA KEKAL SASA

Kongsikan artikel ini

Dirinya bukanlah seorang atlet profesional mahupun selebriti, namun GLAM Lelaki tertarik dengan determinasi dan kecekalan anak-anak muda masa kini yang dilihat semakin ambil berat tentang taraf kesihatan dan indikasi kecergasan dalam diri agar sentiasa tampak yakin. Ashraf Ramly mungkin belum benar-benar dikenali, namun pastinya dia punya sesuatu untuk dikongsi. Jom ikuti temubual GLAM Lelaki bersama dirinya.

GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda?

ASHRAF RAMLY: Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penulis GLAM Lelaki (Wan Mohd Firdaus) kerana sudi menemubual saya. Nama saya Shafarul Ashraf bin Ramly. Saya lebih mesra dipanggil Ashraf atau Acap. Saya berumur 25 tahun dan merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik. Saya merupakan pekerja hotel di Vouk Hotel Suites. Hobi saya bersenam dan mendengar lagu.

GLAM Lelaki: Kongsikan serba sedikit perjalanan anda dalam melibatkan diri dalam dunia kecergasan?

ASHRAF RAMLY: Pertama sekali, saya berminat dalam dunia kecergasan dari zaman sekolah lagi. Tetapi tidak diizinkan oleh bapa kerana masih bersekolah. Oleh itu, saya hanya menyimpan hasrat untuk meyertai dalam dunia kecergasan selepas tamat SPM. Semasa umur 18 tahun saya mula berjinak-jinak dalam bidang ini. Ketika itu saya kurang berkeyakinan disebabkan tubuh saya yang sangat kecil jika dibandingkan dengan orang lain. Tetapi itu bukan alasan untuk saya berhenti berjuang. Lama kelamaan ia menjadi satu hobi untuk saya setelah melihat banyak perubahan seperti kenaikan berat badan dan bentuk tubuh yang lebih sasa.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit tentang transformasi diri anda dari dulu dan kini sasa dan tegap?

ASHRAF RAMLY: Dahulu saya memang seorang yang bertubuh kecil. Setelah menyimpan hasrat untuk menambah berat badan, akhirnya saya berjaya. Oleh yang demikian, saya meneruskan ia sebagai rutin harian. Yang paling penting ialah niat dan semangat serta doa dari keluarga. Saya juga bersyukur kerana mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga dan rakan-rakan. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr Ben Ooi dari Cultural Fitness Centre atas sokongan yang diberikan. Dalam dunia kecergasan ni memerlukan disiplin yang sangat tinggi untuk terus berjaya.

GLAM Lelaki: Boleh anda kongsi dan ringkaskan rutin kecergasan diri anda?

ASHRAF RAMLY: Saya bersenam 6 hari seminggu iaitu isnin hingga sabtu. Rutin kecergasan saya adalah seperti berikut :

Isnin – Back & Bicep

Selasa – Chest & Tricep

Rabu – Shoulder & Abs

Khamis – Leg & Cardio

Jumaat – Chest (Heavy)

Sabtu – Arm

Ahad – Rest Day/Recovery Day

GLAM Lelaki: Siapakah idola mahupun inspirasi anda dalam bidang kecergasan.

ASHRAF RAMLY: Inspirasi saya dalam bidang kecergasan adalah Helmut Strebl atau lebih dikenali sebagai Mr Shredder. Dia menjadi idola saya kerana tubuh badannya yang sangat ‘SHREDDED’ dan peratusan lemak badan sekitar 4 hingga 5 peratus sahaja.

GLAM Lelaki: Apa yang anda ingin buktikan apabila anda mulai terjun dan terlibat dalam bidang kecergasan?

ASHRAF RAMLY: Saya ingin buktikan kepada semua orang bahawa apa yang kita impikan , kita boleh capai selagi ada usaha, doa dan semangat. Tiada alasan untuk kita berkata ‘Tak Boleh’. Semua itu atas diri kita sendiri sama ada ‘NAK’ ataupun ‘TAK NAK’.

GLAMLelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam bidang kecergasan dalam tempoh 5 tahun akan datang?

ASHRAF RAMLY: Semua orang mempunyai impian atau cita-cita yang sangat tinggi. Pada saya, saya berharap agar saya berjaya dalam bidang kecergasan seperti menang dalam mana-mana pertandingan bina badan dan mempunyai gim sendiri.

GLAM Lelaki: Boleh kongsikan kenangan dan pahit manis dalam dunia kecergasan yang pernah anda lalui?

ASHRAF RAMLY: Kenangan pahit bagi saya adalah dimana saya tewas ketika bertanding di satu pertandingan iaitu Mr Enrich IV pada tahun 2017. Namun, ia bukanlah alasan untuk saya berhenti berjuang. Semangat saya yang tidak putus-putus untuk terus berjuang dalam bidang kecergasan.

GLAM Lelaki: Nasihat boleh diberikan buat mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang kecergasan?

ASHRAF RAMLY: Nasihat saya agar jangan mudah berputus asa. Apa yang kita nak, jika adanya usaha kita pasti akan dapat. Terima kasih.

 

Penyelaras / Teks / Konsep / Penata Gaya: Wan Mohd Firdaus | Foto: Instagram: @zammil.haqimPakaian: UNDER ARMOUR Fall Winter 2017 @underarmourmy | Tajaan lokasi gim: Iron Bull Gym

#Bagi anda yang ingin tampil secara eksklusif dalam GLAMLELAKI.MY untuk ruangan Kapsul GL Zero2Hero, anda boleh PM atau DM Facebook & Instagram @glamlelaki, atau penulis di Instagram @wanmohdfirdaus.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 LANGKAH UNTUK MERAWAT KELEMUMUR

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut

7 TANDA RAMBUT SEMAKIN MENIPIS & CARA UNTUK ELAK JADI BOTAK

Bacaan Lanjut

BULU BAWAH LENGAN, PERLU CUKUR ATAU TIDAK?

Bacaan Lanjut

MAHU KULIT BERSIH TANPA CELA? INI KELEBIHAN EXFOLIATION RAMAI TIDAK TAHU

Bacaan Lanjut
pencuci muka lelaki

5 PENCUCI MUKA LELAKI TERBAIK UNTUK KULIT KOMBINASI

Bacaan Lanjut