MANU RIOS, ARON PIPER DAN DEBUT JENNIE BLACKPINK DI PENTAS JACQUEMUS
Label fesyen Paris, Jacquemus meraikan ulang tahun ke-15 dengan pementasan koleksi Cruise bertema ‘La Casa’ di Capri, Itali.
Simon Porte Jacquemus tidak pernah mengecewakan. Terbaharu, Jacquemus telah memilih destinasi eksotik di Capri, Itali sebagai lokasi untuk mementaskan koleksi Crusie 2024 berjudul “La Casa”. Lebih istimewa, Jacquemus juga meraikan ulang tahun ke-15 buat jenama fesyen yang popular ini.

(Photo by Jacopo Raule/Getty Images)
Casa Malaparte di Capri menjadi impian buat pereka itu untuk mementaskan rekaannnya sejak mula bergelar sebagai seorang pereka fesyen 15 tahun lalu. Vila Itali itu pernah menjadi lokasi penggambaran untuk filem Jean Luc Godard berjudul “Le Mepris” pada 1963. Untuk pertunjukan fesyen kali ini, seramai 40 tetamu jemputan eksklusif telah tiba ke lokasi dengan menggunakan bot.

(Photo by Stephane Cardinale – Corbis/Corbis via Getty Images)
Bintang Elite, Manu Rios dan Aron Piper antara tetamu lelaki yang mencuri perhatian. Mereka hadir penuh bergaya dengan persalinan Jacquemus. Tidak ketinggalan, barisan selebriti dan peminat label fesyen itu yang hadir termasuklah Dua Lipa, Gwyneth Paltrow, Peggy Gou, Tonny Effe, Ghali dan ramai lagi.
Lebih menarik, pertunjukan fesyen kali ini menjadi pentas debut buat Jennie Kim sebagai model peragaan. Bintang K-pop dan ahli BLACKPINK itu membuat kejutan dengan menutup pementasan kali ini. Dia menggayakan gaun hitam sleeveless bersama beg tangan Le Rond Carre dalam warna turquoise terbaharu. Pada penghujung pertunjukan kali ini, Jennie telah memberikan pelukan kepada Simon Porte sebelum pereka fesyen itu memberikan tunduk finale kepada tetamu jemputan.
Label fesyen asal Perancis ini terkenal dengan destinasi pertunjukan fesyen yang luar biasa. Pada bulan Jun tahun lalu, Jacquemus mementaskan koleksi pakaian malam di Versailles yang diinspirasikan oleh Puteri Diana. Untuk sambutan ulang tahun ke-10 pula, Simon Porte telah mementaskan rekaannya di ladang lavender di Provence, Perancis.
Baca lebih lanjut: 5 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG BINTANG ELITE, MANU RIOS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI
Sebagai pencinta muzik, kita akan sentiasa mengambil tahu tentang setiap lagu baru untuk menambah kepelbagaian di dalam playlist.
DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE
Selepas kehangatan APT oleh Rosè, Jennie dari BLACKPINK pula akan menggegar dunia muzik dengan studio album pertamanya, RUBY. Tahun lepas, gadis berusia 29 tahun itu mengejutkan peminat dengan singlenya, Mantra apabila lagu tersebut berjaya debut di Billboard 100 menjadikannya penyanyi K-pop wanita pertama memperoleh sijil platinum dari Recording Industry Association of America (RIAA). RUBY akan…
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?
25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Milan Fashion Week 2024 di kota fesyen Itali kali ini?
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2024
Dari filem buatan Malaysia, “Tiger Stripes” yang memenangi Critics’ Week Grand Prize di Cannes Film Festival 2023 kepada siri hangat “Mr. & Mrs. Smith” baharu lakonan Donald Glover, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Februari 2024.
30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear 2024 di kota Milan dan Paris kali ini?