MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Dalam dunia lelaki moden, sut bukan lagi sekadar pakaian formal untuk majlis perkahwinan atau mesyuarat korporat. Ia adalah simbol disiplin, keyakinan dan kematangan gaya. Sama ada untuk menghadiri acara penting atau sekadar memperkemaskan imej harian. Memiliki sut yang tepat boleh mengubah cara seseorang lelaki dilihat dan penampilan keseluruhannya.
Jika anda sedang mencari sut baharu, beberapa jenama antarabangsa ini terus menjadi rujukan utama kerana gabungan potongan, kualiti fabrik dan estetika kontemporari yang konsisten.
#1 BOSS
BOSS kekal menjadi pilihan lelaki profesional yang menghargai ketepatan dan struktur, dengan potongan tajam, siluet kemas, dan jatuhan yang tepat pada tubuh tanpa kelihatan kaku, sesuai untuk mereka yang mahukan penampilan yang kemas, klasik namun relevan dalam dunia korporat. Jenama ini turut menarik figura berpengaruh dalam hiburan seperti S.Coups, ketua SEVENTEEN dan Global Ambassador BOSS sejak April 2025. S.Coups mencerminkan disiplin, keyakinan, dan autoriti moden jenama BOSS. David Beckham, ikon bola sepak dan Global Brand Ambassador, yang menterjemahkan gaya maskulin dan matang ke dalam koleksi kapsul “BECKHAM x BOSS”. Mew Suppasit, pelakon dan penyanyi Thailand, yang membawa keanggunan kontemporari dan intelektual selari dengan pendekatan urban BOSS. Kolaborasi ini menekankan bukan sekadar sokongan selebriti, tetapi perkongsian kreatif berimpak tinggi yang membentuk estetika menswear moden.
#2 SACOOR BROTHERS
Bagi lelaki yang menghargai perincian dan sentuhan klasik Eropah, Sacoor Brothers menawarkan sut yang lebih lembut dari segi struktur tetapi kaya dengan karakter. Fabriknya selesa, potongannya refined, dan sesuai untuk mereka yang inginkan keseimbangan antara formal dan sofistikated. Sangat sesuai untuk digayakan sama ada untuk acara rasmi atau majlis sosial berprofil tinggi.
#3 MASSIMO DUTTI
Massimo Dutti menampilkan sut tailored yang menekankan elegan, serba guna dan praktikal buat lelaki urban. Melalui koleksi tailored suits & blazers mereka, jenama ini memberi penekanan kepada siluet yang tajam tetapi mudah digayakan, sambil menawarkan pilihan fabrik dan perincian yang boleh disesuaikan melalui perkhidmatan personal tailoring mereka. Membolehkan lelaki menempah sut yang betul-betul sesuai dengan bentuk tubuh dan gaya peribadi. Falsafah rekaan mereka menggabungkan ketulenan tailoring klasik dengan fungsi moden. Sesuai untuk mereka yang mencari sut bukan sahaja untuk acara formal, tetapi juga untuk penampilan kerja harian yang lebih polished dan versatile.

#4 LILANZ SEA
Lilanz SEA menampilkan pendekatan sut yang lebih moden dan praktikal, khusus untuk lelaki Asia yang mahukan potongan kemas tanpa terlalu rigid. Dikenali dengan teknologi fabrik yang ringan, breathable dan wrinkle-resistant, sut Lilanz SEA sangat sesuai untuk gaya hidup bandar yang aktif serta iklim tropika. Rekaan mereka mengekalkan estetika kontemporari dengan siluet slim yang selesa, membolehkan sut dipakai sepanjang hari tanpa menjejaskan keselesaan atau struktur. Di Malaysia, jenama ini turut mendapat sokongan daripada figura tempatan seperti Aiman Hakim Ridza, Daler Yusuf, Adam Lee, Ezaidi Aziz, Iyzdham, Aedy Ashraf, Pipirazi, Hariz Hamdan, Azrel Ismail dan ramai lagi yang hadir sebagai tetamu jemputan sempena pelancaran kedai global pertama di SkyAvenue, Resorts World Genting serta concept store “Future Business” di Pavilion Bukit Jalil. Mengukuhkan lagi kehadiran Lilanz SEA sebagai jenama sut moden yang semakin mendapat perhatian dalam landskap fesyen lelaki tempatan.
#5 COS
COS pula menjadi pilihan lelaki yang menghargai seni minimalisme moden. Sut COS tampil dengan potongan bersih, struktur ringkas dan palet warna neutral yang menonjolkan keanggunan tanpa usaha berlebihan. Fokus terhadap kualiti fabrik dan perincian rekaan menjadikan sut COS sesuai untuk lelaki yang mahukan penampilan intelektual, moden dan understated. Antara satu interpretasi sut yang lebih artistik, kontemporari dan relevan dalam landskap fesyen global hari ini.
Selain lima jenama ini, pasaran hari ini menawarkan pelbagai alternatif lain untuk sut lelaki. Daripada jenama premium hinggalah label kontemporari yang lebih eksperimental. Kuncinya bukan pada jenama semata, tetapi pada kesesuaian potongan dengan tubuh dan kualiti fabrik.
Artikel Berkaitan: BUTIK LILANZ KINI BERADA DI PAVILION BUKIT JALIL, KL
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN
Tahun 2025 sekali lagi menyaksikan bagaimana GLAM Lelaki terus memimpin naratif gaya hidup lelaki Malaysia melalui GL25.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki menyorot gaya rambut Robert Pattinson & selebriti lelaki Malaysia yang menjadi rujukan grooming moden.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.











