NICK KNIGHT HASILKAN IMEJ KEMPEN FENDI MUSIM BUNGA 2021
FENDI TELAH LANCARKAN RANGKAIAN KEMPEN FESYEN MUSIM BUNGA/PANAS 2021. MEMILIH JURUGAMBAR HEBAT, NICK KNIGHT UNTUK MENGHASILKAN IMEJ DAN KONSEP UNTUK MERAIKAN KUNJUNGAN KOLEKSI MUSIM BAHARU.
Musim baharu telah tiba. Kalendar fesyen telah memasuki musim bunga 2021, dihangatkan lagi dengan pelancaran imej kempen fesyen FENDI musim bunga/panas 2021. Kehadiran musim baharu menyaksikan hasil kerja Silvia Venturini Fendi. Suatu koleksi yang menandakan era baharu FENDI, sejak kematian mendiang Karl Lagerfeld. Kempen fesyen FENDI musim bunga 2020 dihasilkan secara sederhana, bernada elegan era baharu, yang mana memilih Nick Knight sebagai jurugambar. Kemahiran Nick Knight dalam penghasilan imej fesyen tak perlu diragui lagi. Penggambaran kempen bertempat di studio Nick Knight di London.
Konsep kempen fesyen FENDI musim ini adalah amat segar. Set yang intim direka, menyaksikan dua dunia dan perspektif yang berbeza-beza. Pelbagai tafsiran boleh tercipta melalui pengamatan konsep yang dipersembahkan. Bergantung kepada pendapat masing-masing. Pandangan dari dalam ke luar, yang luar memandang ke dalam. Umpama dua dunia yang bertentangan, namun berkongsi satu paksi yang sama. Apakah konsep ini ada kemungkinan berkaitan dengan situasi semasa fesyen?
Set penggambaran turut menampilkan paparan tingkap secara digital yang menampilkan panorama indah dunia luar. Iaitu pemandangan langit atas bangunan ibu pejabat FENDI yang berlokasikan di Palazzo della Civilta Italiana.
Reka bentuk set yang segar, memainkan warna seperti biru cair dan pancaran matahari merupakan sembolik kepada inspirasi dan palet warna utama dalam himpunan FENDI musim bunga/panas 2020. Pilihan warna utama seperti putih, kuning cair dan beige, dicemerlangkan dengan warna utama lain iaitu merah dan biru cair, lalu mencipta rekaan yang menunjukkan sinergisme. Ada hubung kaitnya dengan identiti ‘streetwear’ dengan sentuhan luxe.
Bagi melengkapi keseluruhan menswear looks, tas ikonik FENDI yang hadir dalam reka bentuk baharu, dicemerlangkan lagi dengan butiran yang ada impak tersendiri. Istimewa untuk musim baharu, sebanyak 10 miej kempen telah dihasilkan, termasuk womenswear. Kesemua imej kempen akan dipaparkan di rangkaian majalah dan landasan digital utama seluruh dunia.

Artikel berkaitan: SKECHERS X CHINATOWN MARKET, CERMINAN STREETWEAR DENGAN SENTUHAN SENI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.
EYKA FARHANA, AMEERA KHAN, CHRISTINNA KUAN DI MILAN DAN PARIS FASHION WEEK SS26
Milan dan Paris Fashion Week SS26 kali ini membuka tirainya dengan penuh glamor, lebih-lebih lagi dengan kehadiran wajah tempatan.












