Skip to content

OLIVIA WILDE TEMUI CINTA BAHARU, JASON SUDEIKIS PATAH HATI

Kongsikan artikel ini

Nampaknya Jason Sudeikis masih menderita selepas dua bulan berpisah dengan tunangnya, pengarah dan pelakon, Olivia Wilde.

Baru-baru ini tersebar satu khabar angin mengatakan Olvia sebenarnya sudah lama menjalin hubungan cinta dengan Harry Styles, sewaktu penggambaran filem seram psikologi arahan Olivia, Don’t Worry Darling baru bermula lagi. Namun mereka berjaya menyembunyikan hal tersebut dengan baik.

Dan kini, Olivia dituduh tidak profesional dan terlalu berani mengambil risiko kerana mencampurkan urusan kerjaya dengan perhubungan cintanya. Malah sebelum ini ada khabar angin mengatakan dia menyingkir Shia LaBeouf daripada filem tersebut semata-mata kerana mahu membawa masuk Harry, namun tiada siapa tahu sama ada berita tersebut sahih atau tidak.

Disember tahun lalu, Olivia meluahkan rasa terujanya ketika bercakap kepada Vogue mengenai bakat lakonan yang dimiliki Harry. “(Pereka kostum Arianne Phillips) dan saya menari kegembiraan apabila mendapat tahu Harry bersetuju untuk membintangi filem ini, kerana kami tahu dia ada cita rasa yang tinggi dalam fesyen dan stail. Dan filem ini penuh dengan stail. Ia sangat mewah dan saya bersyukur kerana dia sangat teruja mengenai elemen ini – sesetengah pelakon tidak peduli.” Ya, nampaknya dari awal lagi Olivia sudah menaruh hati pada bekas ahli One Direction ini.

Segala ura-ura dan berita yang tersebar begitu cepat ini hanya menambah luka di hati Jason. Menurut sumber terdekat, dia dikatakan masih kecewa dengan perpisahan yang berlaku dan kini semakin patah hati apabila mendapat tahu bekas tunangnya itu sudah move on dengan satu lagi nama besar dalam industri seni, malah jauh lebih muda. Jason juga percaya, Harry yang menjadi punca kepada perpisahan ini.

Berita percintaan kedua-dua bintang ini didedahkan sendiri oleh Harry ketika merasmikan majlis perkahwinan pengurus dan rakan baiknya, Jeffrey Azoff di mana dia secara berseloroh menggelar Olivia sebagai teman wanitanya ketika diminta memberi ucapan. Mereka juga dirakam berpimpin tangan di majlis tersebut.

Olivia berpisah dengan Jason dua bulan lalu setelah berkongsi hidup selama sembilan tahun dan memiliki dua anak bersama, Otis dan Daisy.

 

Foto: USmagazine

 

Pautan berkaitan: SETAHUN MENDUDA, KEITH FOO AKUI SELESA HIDUP SOLO

 

 

 

 

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut