NICK KNIGHT HASILKAN IMEJ KEMPEN FENDI MUSIM BUNGA 2021
FENDI TELAH LANCARKAN RANGKAIAN KEMPEN FESYEN MUSIM BUNGA/PANAS 2021. MEMILIH JURUGAMBAR HEBAT, NICK KNIGHT UNTUK MENGHASILKAN IMEJ DAN KONSEP UNTUK MERAIKAN KUNJUNGAN KOLEKSI MUSIM BAHARU.
Musim baharu telah tiba. Kalendar fesyen telah memasuki musim bunga 2021, dihangatkan lagi dengan pelancaran imej kempen fesyen FENDI musim bunga/panas 2021. Kehadiran musim baharu menyaksikan hasil kerja Silvia Venturini Fendi. Suatu koleksi yang menandakan era baharu FENDI, sejak kematian mendiang Karl Lagerfeld. Kempen fesyen FENDI musim bunga 2020 dihasilkan secara sederhana, bernada elegan era baharu, yang mana memilih Nick Knight sebagai jurugambar. Kemahiran Nick Knight dalam penghasilan imej fesyen tak perlu diragui lagi. Penggambaran kempen bertempat di studio Nick Knight di London.
Konsep kempen fesyen FENDI musim ini adalah amat segar. Set yang intim direka, menyaksikan dua dunia dan perspektif yang berbeza-beza. Pelbagai tafsiran boleh tercipta melalui pengamatan konsep yang dipersembahkan. Bergantung kepada pendapat masing-masing. Pandangan dari dalam ke luar, yang luar memandang ke dalam. Umpama dua dunia yang bertentangan, namun berkongsi satu paksi yang sama. Apakah konsep ini ada kemungkinan berkaitan dengan situasi semasa fesyen?
Set penggambaran turut menampilkan paparan tingkap secara digital yang menampilkan panorama indah dunia luar. Iaitu pemandangan langit atas bangunan ibu pejabat FENDI yang berlokasikan di Palazzo della Civilta Italiana.
Reka bentuk set yang segar, memainkan warna seperti biru cair dan pancaran matahari merupakan sembolik kepada inspirasi dan palet warna utama dalam himpunan FENDI musim bunga/panas 2020. Pilihan warna utama seperti putih, kuning cair dan beige, dicemerlangkan dengan warna utama lain iaitu merah dan biru cair, lalu mencipta rekaan yang menunjukkan sinergisme. Ada hubung kaitnya dengan identiti ‘streetwear’ dengan sentuhan luxe.
Bagi melengkapi keseluruhan menswear looks, tas ikonik FENDI yang hadir dalam reka bentuk baharu, dicemerlangkan lagi dengan butiran yang ada impak tersendiri. Istimewa untuk musim baharu, sebanyak 10 miej kempen telah dihasilkan, termasuk womenswear. Kesemua imej kempen akan dipaparkan di rangkaian majalah dan landasan digital utama seluruh dunia.
Artikel berkaitan: SKECHERS X CHINATOWN MARKET, CERMINAN STREETWEAR DENGAN SENTUHAN SENI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GIORGIO ARMANI TAMPILKAN KOLEKSI LUNAR 2021
Giorgio Armani hadirkan koleksi kapsul sempena perayaan Tahun Baru Cina. Tingkatkan stail musim baharu berpandukan koleksi ini yang menegaskan warna merah dan biru sebagai opsyen.
BURBERRY CHINESE NEW YEAR 2021
Trik gaya dipertingkatkan dengan suai padan rangkaian Burberry Tahun Baru Cina 2021. Disemarakkan lagi dengan penerbitan video pendek "A New Awakening" arahan Derek Tsang.
CALVIN KLEIN CNY2021 MERAIKAN MUSIM PERAYAAN
Calvin Klein CNY2021 menghasilkan kempen fesyen bernafaskan mood perayaan Tahun Baru Cina. Pemahaman tentang semangat Tahun Baru Cina dizahirkan sempurna dalam setiap rekaan terkandung.
SKECHERS X CHINATOWN MARKET, CERMINAN STREETWEAR DENGAN SENTUHAN SENI
Skechers mengukuhkan komitmen seninya bersama CHINATOWN MARKET. Menghadirkan himpunan yang merangkumi sniker berjiwa muda dan sisi fesyennya diserlahkan melalui aspek perincian, warna dan reka bentuk.
UNIQLO DA SQUARE, DESTINASI FESYEN BAHARU
UNIQLO DA Square akan dibuka esok! Siap sedia untuk menikmati pengalaman beli-belah baharu di gedung konsep pinggir jalan pertama di Malaysia.
VIRTUAL PARTY JADI AGENDA AKHIR TAHUN
Virtual party is a thing now. Terokai tip gaya yang perlu diamalkan sewaktu berhibur secara virtual sempena musim perayaan.