NOKI K-CLIQUE, RAPPER GENERASI BARU MILIKI IDENTITI TERSENDIRI
SELAIN KUALITI MUZIK, NOKI K-CLIQUE (@ikhawanlee94) CUKUP MEMENTINGKAN STAILNYA SEBAGAI RAPPER. NOKI SEMAKIN MATANG MENYUSUN PERJALANAN KERJAYANYA, PADA MASA YANG SAMA DILIHAT MENGOLAH GAYANYA UNTUK MENJADI LEBIH POLISHED.
PERKHABARAN BAHARU NOKI?
Noki sedang fokus menyiapkan kerja-kerja bersama K-Clique dan Todak. Pada masa yang sama turut menyiapkan album dengan K-Clique. Juga menunggu untuk masuk set berlakon untuk drama.
YOUR STYLE HAS EVOLVED. YOU HAVE A GREAT STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI STAIL PERIBADI NOKI?
Stail peribadi Noki terarah hip hop. Tetapi Noki suka cara pemakaian yang menggabungkan formal dan streetwear.


APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN NOKI?
Susah nak cakap dari mana Noki dapatkan inspirasi gaya kerana selalunya Noki akan mendapatkan inspirasi gaya dengan melayari Instagram. Di Instagram Noki akan amati cara-cara pemakaian yang tertentu kemudian akan ikut sikit-sikit dan gabungkannya dengan stail Noki sendiri.
HOW IMPORTANT IS STYLE TO YOU? SEBAGAI RAPPER DAN PENGHIBUR?
Pada Noki, stail dan fesyen itu penting untuk semua orang. Kerana melalui pemakaian orang lain boleh menjangka personaliti dan keperibadian kita. Misalnya, orang lain boleh tahu kita ni jenis yang bagaimana, pembersih ke pengotor ke…
APA STAIL YANG AKAN NOKI CADANGKAN UNTUK LELAKI YANG MEMILIKI BENTUK BADAN SEPERTI NOKI?
Pakai baju yang besar sedikit…oversized, satu atau dua saiz yang lebih besar berbanding dengan saiz yang biasa kita pakai. Untuk badan yang sudah terbentuk atau sasa tak perlulah untuk pakai baju yang fit untuk menonjolkan bentuk.
Hmm… tetapi ikutlah masing-masing punya cara, kalau Noki suka stail-stail yang besar. Terkadang ada juga mood hendak pakai baju fit. Bergantunglah pada waktu-waktu tertentu.

SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA MEMILIKI STAIL YANG COOL?
Noki rasa ahli-ahli kumpulan K-Clique memiliki stail yang cool. Kerana masing-masing mempunyai tarikan fesyen, cara pemakaian dan level of style tersendiri.
BAGAIMANAKAH NOKI MENJAGA BADAN DALAM KEADAAN LOCKDOWN SEKARANG?
Noki sudah mengamalkan diet dari awal lagi sebelum lockdown. Sejak awal tahun, Noki sudah terbiasa untuk menjaga pengambilan makanan. Masa lockdown ini pula kita duduk di rumah dan tidak tahu hendak buat apa. Kalau lapar akan makan tetapi biarlah terkawal.
Makan itu boleh tetapi kurankan makan makanan yang berminyak, bergula dan selalu minum air kosong. Senaman pula, Noki akan bersenam lima atau enam hari dalam seminggu.

ANY FAVOURITE PURCHASE RECENTLY? IF YES, WHAT IT IS?
Dalam waktu lockdown ini, Noki banyak shopping dari Shopee dan beberapa aplikasi lain.
PADA PANDANGAN NOKI, SIAPAKAH AHLI K-CLIQUE LAIN YANG MEMILIKI STAIL PALING COOL?
SEMUA! Kerana masing-masing memiliki stail, cara penampilan, attitude dan daya tarikan yang kuat.
PROJEK AKAN DATANG?
Menyiapkan kerja bersama Todak dan bakal melancarkan merchandise. Bakal mengeluarkan album bersama K-Clique jika tiada halangan. Dan akan melancarkan juga single baru bertajuk Gegar (jika tidak silap) untuk soundtrack filem.
Artikel berkaitan: #GLHARI BAPA, HANGOUT WITH THE COOL DAD KASHFI EMIR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.











