ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA
DIBAWAH PIMPINAN KREATIF ANDREA POMPILIO, KOLEKSI MUSIM LURUH/SEJUK 2023 TELAH DIPERSEMBAHKAN SEWAKTU MINGGU FESYEN MILAN. DAN GLAM LELAKI ANTARA TERAWAL YANG DAPAT MENYAKSIKAN KOLEKSI TERSEBUT SECARA PERIBADI.
Bertemakan “Urban Layering”, Onitsuka Tiger memulakan debut koleksi musim luruh/sejuk 2023 di Minggu Fesyen Milan. Ia mendapat inspirasi daripada amalan gaya tradisional Jepun yang memakai pelbagai lapisan pakaian, seperti kimono, untuk mencipta penampilan lengkap. Koleksi ini menginovasikan sileu besar dan beralin, trend fesyen yang berasal dari Jepun untuk menghadirkan koleksi kontemporari yang memadukan sukan, dan warisan dengan inovasi.
Koleksi lelaki yang berpaksikan kepada “Urban Layering”-hasil karya Andrea Pompilio, mendedikasi koleksi untuk memilih item paduan busananya menampilkan nuansa warna asas (kelabu, hitam, jingga dan beige) dan geometri serta garis horizontal.
“Urban layering”-penggayaan lapisan demi lapisan adalah sebahagian daripada budaya Jepun. Teknik pemakaian kimono menjadi sebahagian daripada rejim yang dilakukan dengan cara melapisi beberapa helaian mengikut berat dan ketebalan berbeza. Daripada celana dalam yang ringan sehinggalah kepada kimono sebenar di bahagian luar, yang kemudiannya dilengkapi dengan tali pinggang lebar. Satu warisan gaya merentasi generasi, yang mana padanan helaian lebar dan beralun dihasilkan untuk koleksi musim luruh/dingin 2023-memperlihatkan satu lagi kecemerlangan fesyen dari Jepun.
Musim ini ternyata mencemerlangkan intipati tradisi Jepun dengan suntikan menerusi DNA sporty Onitsuka Tiger. Hasilnya menandakan satu koleksi penting, yang mana bertumpu pada estetika urban sambil mengekalkan semangat aktifnya. Justeru, terhasilnya pelbagai bentuk dan rupa kot juga jaket yang diramalkan untuk kepelbagaian gaya dan tujuan. Misalnya, untuk gaya sehari-hari, selain itu sebagai pelengkap gaya kembara.
Menyentuh perihal siluet, tiap rekaan yang terkandung banyak bermain dengan potongan longgar dan oversized. Satu yang pasti dari koleksi ini adalah menawarkan kenyamanan sepanjang hari pada pemakainya. Terutamanya saat musim sejuk. Terdapat juga jaket tebal, jaket puffer dan jaket utiliti berpotongan tegas yang memadukan esen sukan. Langsung, menyelaraskan energi segar dan menciptakan sesuatu yang mempromosikan kekuatan gaya lelaki masa kini.
Turut ditawarkan musim ini-jaket anorak mega yang berkarakter. Menjadi helaian istimewa pada persembahan kali ini. Kolaborasi bersama Zanter, yang terkenal dalam penghasilan helaian ‘down-filled’ outerwear domestik pertama selain menjadi perintis pakaian tebal di Jepun. Rekaan tersebut boleh dilapisi antara satu sama lain bagi mencipta siluet yang tebal namun relaks. Penampilan ini dilengkapi dengan lapisan bahagian bawah. Seluar longgar diperbuat daripada nilon dan melton, sementara seluar pendek sifon kulit dengan pelapik jarang dilapisi di atas celana boxer.
Acara fesyen Onitsuka Tiger berlangsung meriah dengan kehadiran golongan ‘influencer’ dari negara-negara yang berbeza. Kehadiran mereka nyata menyemati semangat diversifikasi, di samping itu menyatukan komuniti fesyen secara global. Gulf Kanawut (Thailand), Genki Iwahashi (Jepun), Glenn Yong (Singapura), Heart Evangelista (Filipina), Jung II Woo (Korea Selatan), Alvin Chong (Malaysia), Rahi Chadda (India), Conor Maynard (United Kingdom) dan Christinna Kuan (Malaysia) antara yang hadir memberi sokongan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA YANG PERNAH RIDZMAN ZIDAINE, MODEL MALAYSIA, PERAGAKAN DI FASHION WEEK
Ridzman Zidaine semakin mendapat perhatian di pentas fesyen global apabila wajahnya sering menghiasi runway rumah-rumah fesyen ternama dunia.
5 STAIL ‘OOTD’ STYLISH HAN PIN MENURUT GLAM LELAKI
Sebagai antara figura lelaki berpengaruh, Han Pin dikenali bukan sahaja kerana personalitinya yang berkarisma, tetapi juga gaya fesyennya.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.



















