Skip to content

TIGUAN ALLSPACE LIFE 01

TIGUAN ALLSPACE LIFE

Kongsikan artikel ini

Keluarga #SUVW: TIGUAN ALLSPACE LIFE Baharu Dilancarkan Pada Harga Bermula RM172,990.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) tampil memperkenalkan Tiguan Allspace Life baharu. Yakni SUV terkini yang menyertai barisan model tawarannya. Ditawarkan pada harga RM172,990, ia melengkapkan pengenalan tiga model Tiguan Allspace di Malaysia.

TIGUAN ALLSPACE LIFE 02

Sebagai sebuah model asas dalam siri SUV berkenaan, Life padat dengan ciri yang menjadikannya sebuah SUV moden. Kelebihannya sebagai jentera dengan ruang dalaman luas tidak berubah. Ia tetap hadir bersama konfigurasi tujuh tempat duduk dan mampu menawarkan ruangan but sehingga 1,775 liter yang mendahului kelasnya.

TIGUAN ALLSPACE LIFE 03Secara visualnya, Life berkongsi rekaan yang tajam serta dinamik seperti varian lain. Ini termasuk gril hadapan dengan jalur lampu di antara lampu utama LED yang menjadi rekaan signatur Volkswagen. Elemen-elemen lain termasuklah kemasan ‘Allspace’, perumah cermin sisi berwarna perak, perkataan ‘Tiguan’ di bahagian belakang dan rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci. Pelanggan boleh mencita-citakan ruang dalaman Life yang mewah dan penuh fungsi, sama seperti model Volkswagen lain. Antara ciri standard ialah sistem infohiburan Discover Pro bersaiz 9.2” dengan ketersambungan aplikasi tanpa wayar, sistem navigasi, kawalan suara, pendingin hawa Climatronic 3 zon dan stereng sport multi-fungsi dibalut kulit.

Life dikuasakan oleh enjin turbo 1.4TSI berkuasa 150PS dan tork 250Nm yang dipadankan dengan kotak gear DSG 6-kelajuan. Gabungan itu menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan serta penjimatan bahan api sekitar 7.7l/100km. Untuk tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Volkswagen Passenger Cars Malaysia.

Pautan berkaitan: MELANGKAH KE MASA DEPAN ELEKTRIK SEPENUHNYA

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TIGUAN ALLSPACE #SUVW BUAT SEMUA

TIGUAN ALLSPACE #SUVW BUAT SEMUA

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI RAI ULANG TAHUN KE-15 BERSAMA ALPHAMEN 2022

Bacaan Lanjut
MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

Bacaan Lanjut
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 01

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

Bacaan Lanjut
Keanggunan Nan Agresif 01

Keanggunan Nan Agresif

Bacaan Lanjut

BERGAYA SAMBIL BERAMAL DENGAN KOLEKSI MODERN NOSTALGIA DARI VOLKSWAGEN & TARIK JEANS

Bacaan Lanjut