PANGGUNG FESYEN LOKAL KEMBALI LAGI
Sudah empat tahun bergelanggang di laman Centre Court Pavilion Kuala Lumpur, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (RTW) kembali meraikan ulang tahun kelima hasil kelolaan Andrew Tan di dalam menghimpunkan kepelbagaian barisan jenama lokal juga antarabangsa.


Minggu Fesyen Kuala Lumpur (RTW) dibentangkan kepada umum sejak tahun 2013. Mengkonsepsikan jualan terus kepada pembeli, KLFW adalah antara acara terpenting di dalam membingkis arus fesyen lokal. Lalu, bertindak sebagai platform bagi pereka tempatan untuk mempertaruhkan karya atau jenama mereka. Secara tidak langsung, ia memperkasakan industri fesyen tempatan agar lebih utuh berhembusan kreativiti yang unik kepada pelanggannya. Baik di tanah air juga antarabangsa. Meraikan ulang tahun kelima tahun ini, KLFW RTW 2017 membawakan hampir 150 gabungan pereka yang mempesonakan di Pavilion selama lima hari berturut-turut. Tambahan lagi, acara ini bakal mengusulkan himpunan eksklusif yang belum pernah dipertontonkan sebelum ini bermula 16 sehingga 20 Ogos 2017.

Erat berkolaborasi bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan rakan penerbangan pilihan, AirAsia, Minggu Fesyen Kuala Lumpur Ready to Wear 2017 menjemput enam pereka antarabangsa dari China, India, Australia, Jepun, Filipina dan Korea Selatan bagi turut sama memeriahkan ulang tahun kelimanya di samping mempromosikan hasil pereka-pereka tempatan dalam lembaran pasaran global. Tidak lupa juga, sorotan kemuncak acaranya pada 18 Ogos 2017 di mana mempertontonkan karya 20 peserta akhir AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) 2017. Tahun ini pencarian pereka AARRDS diperluaskan ke semua 10 buah negara Asean yakni Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, Brunei, Myanmar, Laos, Kemboja dan Malaysia. Usaha ini bertujuan untuk memberikan platform kepada bakat-bakat muda untuk bersaing positif serta melonjakkan nama mereka dalam industri fesyen serantau.

SOROTAN UTAMA KLFW RTW 2017:
- Seorang pereka tempatan akan dipilih untuk mempamerkan koleksinya di Amazon Fashion Week Tokyo 2018.
- Anuruk Jaidee, pemenang pencarian AARRDS tahun lalu membuat penampilan sulung di KLFW dengan satu koleksi penuh.
- Kolaborasi bersama Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS), enam bakat baru bakal mementaskan koleksi batik berbalas interpretasi moden di bawah Fashion Forward Ready to Wear: Segmen Batik Kelantan.
- Pengasas dan presiden peruncitan mewah lagi terkemuka Melium Group, Dato’ Farah Khan menyaksikan koleksi eksklusifnya di KLFW bersempena ulang tahunnya yang ke-10.
- Penyandang program BOF Enhancement Programme di Paris, Cassey Gan menjadi buah mulut lalu ditunggu-tunggu akan kemunculan himpunannya tahun ini.
- Eclipse meraikan ulang tahun ke-20 dengan mencedok inspirasi dari siri lukisan berlapis ilham Nobuhiro Nakanishi.


#PROMOSI!
Ingin menangi pakaian rekaan eksklusif dari pereka dari Atelier Fitton. Klik saja link di bawah.

LINK: http://glamlelaki.my/promosi-acara/menang-kl-fashion-week-2017-giveaway/
Tarikh tutup penyertaan: 26 July – 25 August 2017
Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Julai 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.










