PARIS COUTURE WEEK 2025: KEHADIRAN TETAMU BERPRESTIJ
Paris Couture Week 2025 baru sahaja menutup tirai dengan koleksi-koleksi adibusana yang cukup hebat di mata fesyen.
Acara penuh gemerlapan ini bukan sahaja mempersembahkan rekaan luar biasa daripada rumah-rumah fesyen ternama. Malah, ia turut menyaksikan kehadiran tetamu-tetamu berprestij termasuk selebriti antarabangsa, ikon fesyen, editor majalah terkenal dan sosialit yang memeriahkan barisan hadapan pertunjukan. Dari gaun dramatik bersulam kristal hingga sut moden yang berstruktur, Paris Couture Week 2025 sekali lagi membuktikan mengapa Paris kekal sebagai kota rujukan utama dalam dunia haute couture.
Antara wajah yang mencuri tumpuan di barisan hadapan termasuk Juyeon daripada kumpulan K-Pop popular The Boyz. Dia tampil bergaya dengan jaket kulit hitam rekaan Balenciaga. Kehadirannya disambut meriah oleh peminat dan media antarabangsa, membuktikan pengaruh K-Pop terus menguasai lanskap fesyen global. Turut hadir, Tan Sri Michelle Yeoh yang memancarkan aura elegan dalam sut Balenciaga berona hitam, melambangkan kelas dan karisma seorang bintang pemenang Oscar. Tidak ketinggalan, Cardi B yang menjadi perhatian dengan busana dramatik penuh perincian dengan kehadirannya di dua acara. Ia sekali gus menjadikan penampilannya antara yang paling hangat diperkatakan sepanjang minggu fesyen. Kehadiran barisan tetamu eksklusif ini bukan sahaja menambah prestij acara, malah menyerlahkan kepelbagaian latar belakang budaya yang bersatu meraikan seni adibusana di kota Paris.
Gabungan selebriti Hollywood, bintang K-Pop, legenda seni persembahan Asia dan penggiat fesyen ikonik menjadikan Paris Couture Week 2025 sebagai acara yang mencipta momen bersejarah. GLAM Lelaki akan kongsikan beberapa individu yang menghadiri acara Paris Couture Week 2025 bersama busana-busana hebat mereka.
#1 Juyeon THE BOYZ – Balenciaga
#2 Cardi B – Schiaparelli & Balenciaga
#3 PP Krit – Balenciaga
#4 Dua Lipa – Schiaparelli
#5 Tan Sri Michelle Yeoh
#6 Naomi Campbell – Chanel
#7 Katy Perry – Balenciaga
#8 Nicole Kidman
#9 Patrick Schwarzenegger – Balenciaga
Pautan Berkaitan: GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA
Selain daripada gaya fesyen yang kemas, wangian lelaki juga mampu menjadi salah satu cara untuk menarik perhatian wanita.
TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Kini, semakin ramai lelaki yang menggayakan tas tangan sebagai sebahagian daripada gaya fesyen mereka walaupun dalam kehidupan harian.
20 STAIL SELEBRITI LELAKI DI MILAN & PARIS MEN’S FASHION WEEK
Siapakah selebriti yang mencuri perhatian dengan gaya terbaik kala menghadiri Men’s Fashion Week di Milan dan Paris kali ini?
LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN LOEWE MEN SPRING SUMMER 2025 DI SINI
GLAM Lelaki membawakan pertunjukan LOEWE Spring Summer 2025. Saksikan secara livestream pada 22 Jun 2024 bersempena Paris Fashion Week Men 2024.
60 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN & PARIS FASHION WEEK MENSWEAR SS25 [UPDATED]
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian ketika menghadiri Fashion Week Menswear SS25 di kota Milan dan Paris kali ini?
MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099
Siri itu merupakan sekuel kepada Blade Runner asal dari tahun 1982 dan filem seterusnya, Blade Runner 2049 (2017).