Skip to content

PASANGAN IBU DAN ANAK LELAKI YANG STYLISH

PASANGAN IBU DAN ANAK LELAKI YANG STYLISH

Kongsikan artikel ini

MENJELANG HARI IBU, GLAM LELAKI RANGKUMKAN LIMA PASANGAN IBU DAN ANAK LELAKI YANG SAMA STYLISH. SEPERKARA MENGENAI STAIL MEREKA WAJAR DIMANFAATKAN SEBAGAI ILHAM GAYA. 

Selain bingkisan Hari Ibu, perihal gaya si ibu juga patut difokuskan. Dapat hadiah mahal-mahal, tak guna juga kalau si ibu tidak tahu bergaya. Salah padanan boleh mengundang rasa menjengkelkan. Lebih hampa lagi, jika si anak lelaki tidak pandai mengkoordinasikan stail sama si ibu. Padanan gaya yang salah pasti menghancurkan penampilan, biarpun si ibu bawa beg tangan mahal. Atau si anak menyarung kasut-kasut rekaan terkini.

Bagi yang kurang mahir dalam perihal koordinasi gaya, baiklah meluangkan masa dengan mengamati gaya pasangan ibu dan anak yang kami senaraikan paling stylish. Cita rasa fesyen mereka mengagumkan. Seringnya bergaya sama, namun identiti gaya mereka yang tersendiri tetap kelihatan. They are an inspiration.

 

VICTORIA BECKHAM, BROOKLYN & ROMEO BECKHAM

Is Victoria Beckham the most stylish mom? Mungkin juga kerana buat masa ini, gaya-gaya keibuan Victoria seringnya meraih pujian dek golongan ibu khasnya yang mengambil inspirasi gaya dari Victoria. Anak-anak lelaki Victoria juga ditata dengan baik sekali. Sejak usia remaja, Victoria bijak menggayakan anak-anak lelakinya sehingga bisa menonjolkan identiti gaya masing-masing. Pabila menghadiri acara, Victoria akan membawa anak-anak lelakinya sebagai ‘date’ jika David Beckham kesibukkan. Pasangan ibu dan anak ini cukup serasi dalam memilih gaya yang sesuai untuk tujuan-tujuan tertentu.

KIM KARDASHIAN & SAINT WEST

Meskipun, usia anak lelaki Kim Kardashian masih kecil, namun koordinasi gaya antara  mereka mencetus perhatian. Gambar-gambar paparazi yang menangkap imej Kim mendukung Saint cukup istimewa. Selain, bonding ibu dan anak dapat dilihat, padanan gaya Kim bersama Saint, yang kami rasakan tidak dirancang, tetapi kelihatan menginspirasikan. Buat ibu yang punya anak kecil, sebaiknya merujuk stail Kim dan Saint jika mahu pamerkan penampilan yang stylish.

PAMELA ANDERSON & BRANDON THOMAS

Masakan anak tidak muncul bergaya, jika si ibu adalah ikon popular era ‘90-an? Kemunculan Pamela bersama anak lelakinya, Brandon di karpet merah sewaktu acara pelancaran filem ‘The Gunman’ mencetus momen ikonik. Pamela dalam gaun rona emas, manakala Brandon tampil klasik dengan sedikit twist dalam sut serba hitam. Sniker high-top yang dipadankannya, mencerminkan gaya muda yang selaras dengan usia Brandon yang baharu berumur 18 tahun ketika itu.

JADA PINKETT SMITH & JADEN SMITH

Keterbukaan Jada Pinkett dalam membesarkan anak-anaknya cukup mengagumkan serta memberikan inspirasi. Jada bersama suaminya, Will Smith sama sekali memberi ruang buat Jaden untuk menjadi diri sendiri mengikut pilihannya. Perihal stail Jaden langsung tidak ditentukan oleh Jada, malah menyokong setiap pilihan gayanya. That’s what makes them stylish. Bukan sahaja dari aspek penggayaan, tetapi keserasian dan keterbukaan pasangan ibu dan anak ini dalam mengolah identiti gaya patut diraikan. 

CINDY CRAWFORD & PRESSLEY GERBER

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi- peribahasi yang tepat untuk menggambarkan pasangan ibu dan anak, Cindy Crawford dan Pressley Gerber. Cindy yang memulakan kerjaya sebagai model, turut diikuti anak lelakinya, Pressley yang mula menjinakkan diri sebagai model pada beberapa tahun lepas. Mereka berdua sering dilihat mengkoordinasikan gaya mengikut tema klasik. Cindy yang anggun dalam busana hitam, Pressly pula cukup stylish menggayakan helaian klasik lelaki, seperti sut, celana denim dan T-shirt yang longgar dan ada attitude. 

 

Artikel berkaitan: HARI IBU 2021, SOLUSI HADIAH DARI COACH

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
fashion show

TRIO PENYANYI WANITA HEBAT MENDOMINASI PENTAS VICTORIA SECRET 2024

Bacaan Lanjut
LDR

7 RAHSIA MEMELIHARA HUBUNGAN CINTA JARAK JAUH “LDR”

Bacaan Lanjut

ERA BAHARU RAY-BAN BERSAMA JEFF SATUR

Bacaan Lanjut
THE ORIGINAL BAG MENGHIDUPKAN LEGASI RIMOWA

THE ORIGINAL BAG MENGHIDUPKAN LEGASI RIMOWA

Bacaan Lanjut

5 SEBAB KOLEKSI TIMBERLAND MOTION RANGE SANGAT PRAKTIKAL

Bacaan Lanjut