PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI
SEMPENA MET GALA YANG AKAN BERLANGSUNG ESOK, GLAM LELAKI MEMPERINGATI SEPULUH PENAMPILAN SELEBRITI LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI DALAM SEJARAH.
MET Gala merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh majalah Vogue bersama Metropolitan Museum of Art di New York-meraikan karya kreatif juga kehadiran selebriti, model, pereka fesyen dan personaliti fesyen yang terpilih sahaja. Setiap tetamu yang diundang akan diberi tugas untuk menafsir gaya kreatif mereka mengikut tema yang telah ditetapkan. Juga merupakan satu-satunya acara, yang mana selebriti akan berhenti dan terpukau melihat kemunculan A$ap Rocky (bersama Rihanna) dalam balutan selimut besar pada tahun 2021.
Dan tahun ini, MET Gala akan berlangsung pada hari Isnin bersamaan 1 Mei, dengan perayaan besar-besaran menyambut dan memperingati figura penting fesyen yakni mendiang Karl Lagerfeld. Dan sebelum kita dapat menyaksikan gaya karpet merah MET Gala 2023 esok, kami menyusuri ‘Met Gala Looks Memory Lane’.
Terlalu banyak penampilan yang ikonik atau diingati untuk dikumpulkan hanya sepuluh. Dari Harry Styles dalam Gucci, Justin Bieber dalam jaket Balmain seterusnya Rami Malek dalam sut merah Dior-semuanya sudah tentu antara detik gaya paling diingati dalam sejarah MET Gala.
Kehadiran para lelaki di karpet merah MET Gala ternyata telah memecah tradisi pemakaian lelaki, selain membudayakan fesyen lelaki ke tahap yang lebih tinggi. Sekaligus, memberi perspektif baharu terhadap fesyen. Selain itu, turut menjadi sebahagian daripada momen penting dalam budaya pop dan akan terus menjadi perbincangan buat generasi akan datang.
Antara penampilan di MET Gala paling diingati…
JUSTIN BIEBER dalam BALMAIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.
NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC
Montblanc memperkenalkan koleksi baharu diinspirasikan dari kaki Gunung Mont Blanc dengan siluet lebih ringan dan rona bumi yang menenangkan.
DANIEL FLEISCHER, “GAYA YANG TERBAIK SENTIASA DATANG DARI KEASLIAN DIRI”
Daniel Fleischer telah memulakan kerjaya modelling sejak umur 18 tahun lagi. Kini dia semakin matang dalam menyusun kerjayanya, yang mana telah berkembang sebagai seorang DJ dan pemilik kafe.
GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
Bertemakan “The Original”, memberi penghormatan kepada legasi kasut ikonik adidas Superstar. Pop-up ini direka sebagai satu pengalaman imersif yang berpusatkan komuniti, menggabungkan budaya jalanan global dengan sentuhan kreatif tempatan.
5 WAJAH LELAKI MASA KINI MENJADI REBUTAN JENAMA LOKAL
Kenali lima wajah lelaki masa kini yang semakin menjadi pilihan utama jenama lokal, seperti Pipi Razi dan Hadri Hashim.
ARIF ASHRAF, INSPIRASI GAYA GENERASI KINI
"Sebelum masuk 35 tahun, saya berazam untuk melancarkan produk jenama saya sendiri dan membina jenama yang mencerminkan identiti saya"-Ashraf