Skip to content

PENEROKAAN SEMULA ARKIB 149 TAHUN LEVI’S

Kongsikan artikel ini

Untuk musim luruh/sejuk 2022, Levi’s melakar semula arkib rekaan sejak 149 tahun dengan menceduk inspirasi untuk sebuah koleksi berjudul “Archives Reinvented”.

Memiliki arkib yang menyimpan rekod rekaan sejak 149 tahun lalu, tidak mengejutkan apabila himpunan terdahulu sering menjadi inspirasi kepada Levi’s. Untuk musim luruh/sejuk 2022, Levi’s melakar semula arkib rekaan mereka dengan menceduk inspirasi untuk mempersembahkan sebuah koleksi berjudul “Archives Reinvented”.

Bayangan potongan dan gaya popular dari era 80-an, 90-an dan awal 2000 dalam penerokaan arkib Levi’s menjadi elemen penting untuk koleksi terbaharu musim ini. Inspirasi yang turut dijadikan ilham utama adalah bentuk potongan yang lebih menyerlah dan menyeronokan menerusi lensa moden.

Sama ada memakai baju yang kecil atau seluar yang lebih besar, peminat fesyen bebas untuk bereksperimen serta menyerlahkan kreativiti daripada aspek bentuk, siluet, tekstur dan gaya untuk menampilkan gaya tersendiri.

Koleksi untuk lelaki musim ini mengolah semula arkib Levi’s yang memfokuskan terhadap potongan yang lebih lurus dan selesa. Rekaan klasik seperti 501® Original dan 505 bergabung dengan tafsiran baharu seperti jean 501® ’93 dan 551z yang telah kembali tahun lalu.

Rekaan 551™ Z Authentic Straight Jeans mengimbau kembali ke tahun 1962 ketika perkenalan denim selesa dan anti-fit yang pertama. Didatangkan dalam empat pilihan warna, ia memaparkan jahitan signature yang terletak seinci daripada kelim dan jahitan J-stitch yang lebih lebar di bahagian zip atau fly, sesuai digayakan di gelanggang papan luncur.

551™ Z Authentic Straight Jeans

Selain itu, Jeans Stay Loose terbaharu turut menghidupkan semula gaya jalanan yang menguasai era 90-an. Ia menampilkan gaya yang menarik perhatian dengan siluet kaki yang lebih lebar, cukup sesuai bagi mereka yang berani dalam penampilan fesyen.

Koleksi The Denim Style Levi’s kini boleh didapati di levi.com.my dan butik Levi’s di seluruh negara. Butik Levi’s Tailor boleh didapati di Suria KLCC serta Pavilion Bukit Jalil.

 

Foto: Levi’s Malaysia

Baca lebih lanjut: 5 AKTIVITI MENYERONOKAN ANDA BOLEH CUBA DI THE TAARAS BEACH & SPA RESORT

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Levi’s x Crocs

LEVI’S® X CROCS – KOLABORASI KAPSUL YANG MENGGABUNGKAN KUALITI DAN KESELESAAN

Bacaan Lanjut
bright Calvin klein

BRIGHT VACHIRAWIT BINTANG KEMPEN CALVIN KLEIN JEANS FALL 2023

Bacaan Lanjut

TAMPIL ’COOL’, KEKAL ’COOL’ DAN TERUS ’COOL’ DENGAN KOLEKSI +LEVI’S® COOL

Bacaan Lanjut

“THE GREATEST STORY EVER WORN” MERAIKAN 150 TAHUN JEANS IKONIK LEVI’S® 501®

Bacaan Lanjut
TOMOK TENANG BERDEPAN UJIAN RAMADAN

TOMOK TENANG BERDEPAN UJIAN RAMADAN

Bacaan Lanjut
KOLEKSI KOLABORASI LEVI'S DAN STÜSSY TAMPIL DENGAN GAYA KLASIK!

KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!

Bacaan Lanjut