SAMBUNG KONSERT JELAJAH DUNIA, JUSTIN BIEBER KINI PULIH SEPENUHNYA?
Selepas lebih sebulan menunda konsert Justice, penyanyi sensasi Justin Bieber akhirnya mempunyai satu khabar gembira buat peminat.
Menerusi satu ciapan di Twitter, penganjur konsert AEG Presents memaklumkan Justin bakal menyambung siri jelajah dunia yang ditunda pada bulan lalu tidak lama lagi.
“Justin Bieber akan kembali dengan Justice World Tour! Bermula dengan festival musim panas di Itali pada 31 Julai, kemudian ke seluruh Amerika Selatan, Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah pada 2023. Butiran lanjut mengenai persembahan yang tertunda di Amerika Syarikat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.”
Ini bermakna peminat di Malaysia juga berpeluang menyaksikan persembahannya yang dijangka berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Oktober akan datang.
Foto: Therecenttimes
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SAH BERCERAI, NOH SALLEH & MIZZ NINA MOHON DOA PEMINAT
Spekulasi keretakan rumah tangga Noh Salleh dan Mizz Nina terjawab apabila mereka mengumumkan perceraian selepas 11 tahun hidup bersama.
PENAMPILAN PERTAMA SIMU LIU & TEMAN WANITA DI ACARA KARPET MERAH
Selepas dikaitkan dengan beberapa wanita dua tiga tahun kebelakangan ini, aktor Simu Liu akhirnya memperkenalkan kekasihnya kepada dunia.
SHAWN MENDES TUNDA KONSERT JELAJAH WONDER DEMI KESIHATAN MENTAL
Baru dua minggu menjayakan Wonder: The World Tour, Shawn Mendes terpaksa menghampakan peminat dengan menunda konsertnya selama tiga minggu.
“SAYA AMAT BERDUKA” – HARRY STYLES UMUM PUNCA PEMBATALAN KONSERT
Baru 10 bulan menjayakan konsert Love On Tour, Harry Style memaklumkan dia terpaksa membatalkan persembahannya di Copenhagen, Denmark.
TOM HIDDLESTON MENANTIKAN KELAHIRAN CAHAYA MATA SULUNG
Bintang Marvel, Tom Hiddleston dan Zawe Ashton dilaporkan bakal bergelar ibu bapa sedikit masa lagi.
POST MALONE TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Post mengumumkan kelahiran cahaya mata sulungnya dan berita pertunangannya sewaktu menjadi tetamu dalam The Howard Stern Show.