PENGEMBARAAN MONTBLANC JOURNEY BERSAMA GLAM LELAKI
The Library Spirit Collection

Seterusnya, sesi penataan gaya bersama Editor Fesyen, Johan Kassim diadakan dengan seleksi aksesori kulit The Library Spirit Collection terbaharu. Leather Styling Session ini menampilkan Hadri Hashim dan Arisa Soraya yang menggayakan beberapa beg kulit lembut pilihan. Tetamu jemputan berpeluang untuk melihat cara menggayakan beg kulit, selain tip penjagaan aksesori kulit untuk sentiasa dalam keadaan terbaik.

Koleksi aksesori kulit The Library Spirit Collection terbaharu ini menggunakan material kulit lembut dalam rekaan yang lebih moden dan mewah. Hadir dalam warna-warna yang klasik seperti hitam, kelabu dan coklat. Rangkaian kulit ini juga membiaskan semangat fesyen kota London yang pelbagai dan kekal ikonik. Koleksi ini boleh digayakan untuk ke pejabat mahupun bersiar di sekitar kota pada hujung minggu.

Sepanjang acara, tetamu jemputan turut berpeluang untuk mengikuti pengembaraan bersama wangian, kaca mata dan juga aksesori kulit lain daripada Montblanc. Juga diadakan sesi personalization pada beg kembara kanva dengan ikon-ikon Montblanc yang menyeronokan. Mereka juga boleh merakamkan foto kenangan bersama The Library Spirit Collection dengan menggunakan magic mirror yang disediakan.

Koleksi The Library Spirit Collection terbaharu ini boleh didapati semua butik fizikal dan stor atas talian Montblanc di sini.
Foto: Aiman Yazid
Baca lebih lanjut: GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PESONA ‘GIRL-NEXT-DOOR’: KENALI 5 PERSONALITI MEDIA SOSIAL YANG MENJADI IDAMAN
Cukup ramai personaliti media sosial wanita yang semakin lama semakin meningkat di Malaysia, dengan aura 'Girl-Next-Door' mereka.
MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Sut adalah refleksi keyakinan dan kematangan gaya lelaki. Terokai jenama sut antarabangsa yang menjadi rujukan utama dunia fesyen lelaki moden
NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC
Montblanc memperkenalkan koleksi baharu diinspirasikan dari kaki Gunung Mont Blanc dengan siluet lebih ringan dan rona bumi yang menenangkan.
5 WAJAH LELAKI MASA KINI MENJADI REBUTAN JENAMA LOKAL
Kenali lima wajah lelaki masa kini yang semakin menjadi pilihan utama jenama lokal, seperti Pipi Razi dan Hadri Hashim.
KENALI 5 WATAK UTAMA DRAMA ANAK-ANAK MAFIA
Drama Melayu terbaru Anak-Anak Mafia berada di bawah terbitan Zeel Production dan ditayangkan di platform penstriman Tonton.
LAPAN ‘GIRL CRUSH’ GLAM LELAKI, YANG HANGAT DAN SEKSI.
Ketahui lapan wanita yang menjadi 'girl crush' GLAM Lelaki. Not just sexy, tetapi memiliki personaliti dan karakter yang cukup kuat.











