PIPI RAZI, INSTABOY YANG BERESTETIKA & BIJAK BERGAYA
AFIFI RAZI ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI PIPI RAZI (@pipirazi), ADALAH ANTARA INSTABOY TERAWAL YANG MERAIH PERHATIAN WARGA MEDIA SOSIAL. SEHINGGA KINI, PIPI RAZI KEKAL AKTIF BERKONGSI STAIL PERIBADI DAN DIPERHATIKAN GAYANYA SEMAKIN BERESTETIKA, ‘CLEAN’ DAN MATANG. PIPI RAZI KONGSI SEPERKARA DUA MENGENAI STAIL.
PERKHABARAN BAHARU PIPI RAZI?
Sedang giat menguruskan perniagaan online menjual pewangi. Sambil itu melakukan kerja-kerja ‘influencer’ seperti mencipta kandungan digital sementara sedang lockdown di rumah.

YOUR STYLE HAS EVOLVED. YOU HAVE A GREAT STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI STAIL PERIBADI PIPI RAZI?
Stail peribadi saya semestinya sudah berevolusi sejak beberapa tahun lalu. Dari memakai skinny jeans, low rise jeans ke regular juga high waisted jeans. Pemilihan warna baju juga banyak bertukar dari warna-warna terang ke warna yang lebih sederhana dan pudar. Stail saya juga lebih rileks, namun ada sentuhan edgy. Terkadang effortless juga.
APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN PIPI RAZI?
Rujukan fesyen saya adalah garapan dari era fesyen yang berbeza-beza. Misalnya, kombinasi gaya dari pengaruh fesyen dari era ‘80-an, ‘90-an dan awal 2000-an.


HOW IMPORTANT IS STYLE TO YOU? SEBAGAI USAHAWAN DAN INFLUENCER.
Stail amat penting bagi saya kerana ia mencerminkan keperibadian dan personaliti saya. Stail yang cool dan tersendiri dapat menarik perhatian orang lain untuk mendekati dengan kita. Dan secara tak langsung memberi peluang untuk bekerjasama.
APA STAIL YANG AKAN PIPI CADANGKAN UNTUK LELAKI YANG MEMILIKI BENTUK BADAN SEPERTI PIPI?
Hmm.. saya cadangkan stail yang minimal. Untuk jenis seluar, pakai seluar potongan slim/regular fit atau wide fit untuk mengimbangkan postur tubuh. Warna baju pula pakailah warna-warna asas dan tanah. It will elevate the look.
HOW DO YOU THINK FASHION WILL CHANGE IN 2021? ESPECIALLY NOW THAT THE WORLD IS IN PANDEMIC
Pada saya, fesyen merupakan satu kitaran, yang mana akan selalu berubah mengikut musim atau tahun juga keadaan semasa. Dan disebabkan pandemik yang melanda, pemakaian pelitup muka telah menjadi sebahagian daripada gaya-gaya seharian kita. Oleh itu, tidak hairanlah pelbagai jenis corak atau fabrik pelitup muka yang terjual. Mengikut kesesuaian gaya ketika waktu pandemik ini.


SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA MEMILIKI STAIL YANG COOL?
Harus saya katakan, lagenda kita Amy Search dan M Nasir memiliki stail yang cool dengan seadanya, with or without stylist.
BAGAIMANAKAH PIPI MENJAGA KULIT WAJAH DALAM KEADAAN LOCKDOWN SEKARANG?
Saya sangat menitik beratikan penjagaan kulit muka. Selain menggunakan skincare yang sesuai, bersenam dan minum air yang mencukupi dapat membantu kulit muka untuk kelihatan berseri dan bermaya.
ANY FAVOURITE PURCHASE RECENTLY? IF YES, WHAT IS IT?
Buat masa sekarang, tiada benda menarik yang saya baru beli. Tetapi, yang menariknya saya baru mengambil anak kucing yang saya jumpa di tempat letak kereta kedai DIY.
PROJEK AKAN DATANG?
Terus menguruskan perniagaan online menjual pewangi. Ada banyak lagi stok-stok baharu yang akan dibawa masuk. InsyaAllah jika ada rezeki, saya akan berkolaborasi dengan pereka tempatan untuk mengeluarkan koleksi Raya 2022.
Artikel berkaitan: SYAMEL FODZLY, SEIMBANGKAN BAKAT & IMEJ
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.











