Skip to content

SYAMEL FODZLY, SEIMBANGKAN BAKAT & IMEJ

SYAMEL FODZLY, SEIMBANGKAN BAKAT & IMEJ

Kongsikan artikel ini

SYAMEL (@syamel_official) ANTARA PENYANYI LELAKI SOLO MASA KINI PUNYA IDENTITI GAYA YANG BERGERAK SEIRING BAKAT. AKUI SYAMEL DI MASIH BELAJAR UNTUK MENCARI STAIL YANG SESUAI DIGAYAKAN UNTUKNYA SEBAGAI PENYANYI. GLAM LELAKI BERSEMBANG MENGENAI STAIL DAN IMEJ BERSAMA SYAMEL. 

 

Syamel

 

PERKHABARAN BAHARU SYAMEL?

Syamel sedang menjalani ‘lockdown’ di rumah bersama isteri (Ernie Zakrie). Dengan masa yang terluang, saya dapat mengemas dan memasukkan instrumen-instrumen muzik ke dalam bilik khas untuk memudahkan kami bekerja. Senang untuk kami hendak buat lagu ke, buat cover-cover song dan sebagainya. Tentang karier pula, banyak yang masih dalam perbincangan lagi. Akan keluarkan lagu-lagu solo dan duet, cumanya dalam situasi sekarang yang tak menentu, kami mencari masa yang sesuai untuk keluarkan produk-produk baharu tersebut.

 

YOUR STYLE HAS EVOLVED. YOU HAVE A GREAT STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI STAIL PERIBADI SYAMEL?

Tahun 2021 menandakan tahun yang ke enam Syamel menceburi industri. Mengimbas pada 2015, waktu saya mula-mula masuk industri, banyak benda yang saya perlu belajar. Termasuklah tentang stail dan imej. Mula-mula dulu ilmu fesyen memang kosogn dan secara perlahan-lahan saya belajar. 

Dalam pada masa yang sama, saya belajar dan mengamati rakan-rakan artis yang tahu berfesyen dengan melihat cara mereka menggayakan sut, contohnya. Secara peribadi, saya suka stail bersut atau dalam erti kata lain, ‘gentleman’s style’. Dari masa ke semasa, saya banyak belajar tentang imej dan selalu bertanya kepada orang-orang yang tertentu. 

Dan sekarang, saya masih lagi membuat ‘homework’ untuk meningkatkan stail saya. Saya perlu tampil kemas, sama ada mengenakan sut atau bergaya kasual. Ia penting untuk seseorang penyanyi itu. Dan saya lakukan itu adalah hanya disebabkan kerjaya saya sebagai penyanyi. Peminat-peminat di luar sana mahu melihat yang cantik-cantik, yang indah pada pandangan mereka, maka itu stail sangatlah penting.

 

Syamel

APAKAH RUJUKAN FESYEN SYAMEL?

So far, ia bergantung kepada sesuatu masa itu. Contohnya, pada ketika itu Syamel sedang scroll media sosial dan terlihat sesuatu stail yang Syamel suka, Syamel rasa nak cuba. Ia hadir secara spontan. 

Dan contohnya, jika Syamel sedang melihat sesuatu Korean style itu dan Syamel suka, Syamel rasa nak cuba. Syamel tak bertumpu pada satu stail sahaja. Dan recently, Syamel banyak cuba stail yang kasual, loose.. Sebab ia bergantung pada waktu itu sendiri. Syamel jenis yang akan cuba sesuatu stail baharu itu, walaupun ada yang rasa ia tak sesuai untuk Syamel, tetapi Syamel tetap akan cuba. Selepas dah cuba, baru Syamel akan tahu. Sama ada sesuai atau tidak. 

 

SYAMEL SEORANG PENYANYI DAN IMEJ MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING BUAT PENYANYI. WHY DO YOU THINK IMAGE IS IMPORTANT FOR A SINGER?

Sebagai penyanyi, ramai yang berpendapat bakat dan suara yang menjadi keutamaan. Tetapi melihatkan situasi sekarang, yang mana lebih banyak penyanyi membuat persembahan untuk rancangan TV dan secara maya. Sesuatu acara itu yang membuatkan orang dapat melihat kita. 

Seperti yang saya katakan, jika indah di mata orang, makanya orang akan lebih bertumpu dan fokus untuk menonton persembahan kita sampailah ke penghujung persembahan. 

Tambahan pula, saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kekemasan. Merekalah pengkritik utama juga yang pertama memuji saya, jika sesuatu yang saya pamerkan itu baik. Elok pada pandangan mereka maknanya memang eloklah sesuatu itu. 

Sebagai penyanyi, kita perlu berketerampilan dan kelihatan kemas. Lelaki perlu nampak kemas dan sangatlah penting untuk menjaga kekemasan diri. Bagi penyanyi pula, sebelum memulakan persembahan, orang akan melihat rupa kita dahulu sebelum mula menyanyi. 

Bukan sahaja kala persembahan, pabila berada di luar waktu bekerja pun harus jaga imej. Nak keluar ke pasar ke, mana-mana sekali pun, imej kena jaga. Penyanyi adalah individu yang dikenali, dan kita pun waspada dengan persekitaran sebegitu, sebab itu perlulah tampil kemas. 

 

STAIL KESUKAAN SYAMEL?

Ramai peminat di luar sana menyedari yang Syamel suka pakai sut. Hmm.. I would say I like gentleman’s style. Syamel sejenis yang tidak selesa untuk bergaya selain gentleman’s style. Syamel lebih gemar dan selesa dengan memakai sut, kemeja, dan yang asas-asas dalam aspek pemakaian lelaki. 

Syamel

 

HOW DO YOU THINK FASHION WILL CHANGE IN 2021? ESPECIALLY NOW THAT THE WORLD IS IN PANDEMIC

Syamel perasan dari tahun lepas hingga sekarang, ramai di antara kita, rakan-rakan selebriti dan termasuklah saya memilih untuk memakai pakaian-pakaian yang selesa. Selesa untuk keluar kemana-mana sahaja. 

Even, sewaktu membuat persembahan TV saya memilih untuk pakai pakaian yang selesa, berpotongan longgar seperti seluar yang loose. Dan pada Syamel, situasi pandemik telah mengubah perspektif fesyen kita yang mahukan tampil selesa dan relaks. Seluar, kemeja atau blazer yang longgar menjadi pilihan sekarang. Ternyata, pandemik turut mengubah cara pemakaian kita. Semuanya yang relaks sahaja.

 

SIAPAKAH SELEBRITI LELAKI DI MALAYSIA YANG MEMILIKI STAIL YANG COOL?

Setiap orang ada idola yang tersendiri untuk dijadikan rujukan gaya dan sebagainya. Syamel dari dulu lagi sukakan stail Awal Ashaari. Gaya-gaya Awal Ashaari memang Syamel suka lihat. Dia seorang yang kemas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Apa yang Awal gayakan tentunya kelihatan stylish. Awal Ashaari adalah figura yang Syamel suka look up to. 

 

SYAMEL SERING MEMBUAT PERSEMBAHAN BERSAMA ERNIE ZAKRIE. HOW DO YOU INCORPORATE STYLE WITH HER DURING PERFORMING?

Syamel sangat bertuah kerana Ernie seorang yang ringkas dan bukan seseorang yang suka cuba sesuatu yang terlalu ekstra. Sebab selalunya daripada dulu dan selepas penghijrahan ke gaya bertudung, Ernie masih lagi gemar menggayakan baju-baju, misalnya membuat persembahan pentas, Ernie akan pakai dress. Syamel pula akan pakai sut. 

Most of the time, kami akan berbincang warna baju yang akan dipakai untuk melakukan sesuatu persembahan itu. Dan juga, seringnya pabila menyanyi bersama Ernie, Syamel akan memilih gaya-gaya gentleman, terutamanya sut atau kemeja asas untuk mempamerkan gaya yang kasual. Ernie jarang bergaya terlalu ekstra terutamanya jika berduet dengan saya.

 

Artikel berkaitan: ADAM SHAFIQUE, ENERGI FESYEN YANG MENGAGUMKAN

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
lagu raya 2024

8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut