Skip to content

silas oo

SILAS OO, MENGGABURI FESYEN TANPA JANTINA

Kongsikan artikel ini

Model yang bagus adalah mereka yang punya aura tersendiri dan GLAM Lelaki cukup terpesona dengan karisma Silas Oo. Peragawan di bawah agensi Top Boi Citizen ini mungkin dilihat senyap tetapi gayanya cukup mempersona. Bijak dalam suai padan, juga cukup menghargai fesyen yang unik meletakkan dia sebagai personaliti runway yang otak bergeliga. Serta cukup menghargai usahanya dalam bereksperimen tentang fesyen. GLAM Lelaki dekati Silas, bercerita tentang inspirasi fesyen juga visinya dalam genderless fashion.

Silas Oo

Silas Oo

Apa pandangan Silas Oo tentang stail peribadi?

Sejujurnya, mendapat stail peribadi itu cukup sukar! it’s just that – it’s personal dan selalu berubah-ubah dan evolusinya akan mengikut peredaran semasa, baik secara indivudual mahupun dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi dengan trend dan norma sosial yang sering menghujani kebebasan untuk diri sendiri. Seakannya, satu benda yang mewah untuk kita kukuhkan dan memelihara setiap opini sekarang.

Kamu punya stail yang cukup peribadi, bagaimana gaya ini tercipta?

I try to trust what I like but always be open to experimentation. Ia bagaikan satu rohani yang mana saya, seni dan fesyen didatangkan daripada satu kain yang sama and I tend to be drawn to things on an emotional level first. Saya juga dibesarkan dalam rumah yang teguh agamanya. Sering juga menghabiskan masa dengan membaca serta menonton filem yang bergenre sci-fi juag filem seram daripada era 60-an hingga 90-an. Selain itu, filem spaghetti westerns dan old school puppeteering, animatronics dan world building juga menjadi kegeraman saya. Filem seperti The Dark Crystal, novel nukilan Michael Chricton dan karya Ray Harryhausen cukup terkesan pada saya. Jalan cerita yang mudah dengan perlembagaan baik dan jahat dalam kisah yang cukup thematic. Serta tidak takut untuk memadukan tema berkaitan kematian dan keugamaan. Mereka inilah yang memberikan inspirasi pada saya ketika hendak membeli belah juga dalam mencipta karya sendiri. Filosofi, muzik, fesyen dan seni akan bergerak seiringan dan berubah mengikut evolusi peribadi.

silas oo

Siapakah personaliti fesyen yang kamu kagumi?

Saya terpesona dengan Martin Margiel yang memberi kontribusi besar dalam bagaimana orang menilai fesyen secara menyeluruh. Dia memperkenalkan avant-garde dalam citra lebih releven pada debutnya ketika tahun 1989. Manakala, jika jenana lokal pula saya menyukai label Motoguo dan Jeo Chia. Motoguo mempunyai konsep camp yang cukup rebellious. Joe Chia pula bijak dalam penghasilan dekonstruksi pola dan sileut yang mencabar.

Tiga fesyen item yang penting dalam gerobok kamu sekarang?

Ada vitello biker boots Ann Demeulemeester, saya dapatkannya daripada butik di Antwerp. Demeulemeester adalah pereka kegeram saya dan jenamanya kini teruskan dengan proto-punk influence. Selain itu, ada culatta backlace boots oleh A1923 yang unik dan mempunyai elemen artisanal. juga, jubah asimetri rekaan Joe Chia daripada koleksi keduanya. Saya menghargai siluet dan cukup mudah diterjemahkan.

Pendapat kamu tentang genderless fashion?

I am all for it, tetapi ia perlu dilihat bagaimana evolusinya pada tahun mendatang. Jika dibandingkan dahulu, banyak rekaan diberikan khusus buat badan lelaki atau wanita. Tetapi, untuk mencipta fesyen tanpa jantina ini setiap rekaan perlu lari daripada konsep itu. Ia juga mengambil masa untuk mendapat resolusi dalam terma saiz juga produksi. Saya lebih lantang dalam memberi kebebasan untuk membeli apa yang kita suka. Tidak kisah jiga barangan itu untuk jantina berlainan, asalkan ia sesuai dengan cita rasa kamu. Kapitalism dan konsumerism yang mengerakkan fesyen. Jika tinggi permintaan dalam hal genderless fashion, maka label perlu bergerak lebih pantas untuk menjadi lebih releven.

Kini, fesyen meraikan body positivity, tetapi kadang kala ada masa saya masih tidak selesa dengan diri ini. Tetapi dengan fesyen ia membantu saya untuk menolak apa kehendak normal masyarakat dan menerima fizikal saya sebaiknya. Fesyen tidak lagi digunakan sebagai accentuating attractiveness, walaupun itu bukanlah untuk semuanya.

Kamu punyai banyak ceraian dan aksesori unik, dimana selalunya tempat membeli belah?

Banyak saya habiskan di kedai online seperti Grailed dan JawnFlip. Saya lebih gemarkan kedai-kedai second hand atau bundle daripada fast fashion kerana menitik beratkan kelangsungan item itu dan kesan pada alam sekitar. apabila thrifting, kamu boleh dapat bereksperimen dan belajat tentang material, kualiti, legasi dan apa yang kamu mahukan tanpa berbelanja berlebihan.

PAUTAN BERKENAAN: ADAM SHAFIQUE, ENERGI FESYEN YANG MENGAGUMKAN

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

Bacaan Lanjut
SEGALANYA MENGENAI MAJLIS PERKAHWINAN INTIM DYLAN SPROUSE & BARBARA PALVIN

SEGALANYA MENGENAI MAJLIS PERKAHWINAN INTIM DYLAN SPROUSE & BARBARA PALVIN

Bacaan Lanjut
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE'S COVERGIRL

VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut
OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL

Bacaan Lanjut
“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE

Bacaan Lanjut
BUKTI PERCINTAAN BAD BUNNY & KENDALL JENNER TERSEBAR

BAD BUNNY & KENDALL JENNER DILAPOR BERCINTA, PEMINAT LUAH RASA KECEWA

Bacaan Lanjut