Skip to content

PRADA X ADIDAS A + P LUNA ROSSA 21, TAMPIL DALAM DUA WARNA

PRADA X ADIDAS A + P LUNA ROSSA 21, TAMPIL DALAM DUA WARNA

Kongsikan artikel ini

IT’S TIME FOR NEW SHOES! LENGKAPI GEROBOK FESYEN ANDA DENGAN REKAAN BARU PRADA X ADIDAS UNTUK MENCIPTA PENAMPILAN YANG BERAGAM. AKAN DILANCARKAN SECARA GLOBAL MULAI 19 JULAI NANTI. LET’S TAKE A LOOK. 

 

At least one good news today! Sekali lagi, adidas dan Prada bersatu untuk mempersembahkan dua warna baru kasut A + P LUNA ROSSA 21. Dan kami sangat teruja dengan berita pelancaran ini. 

Awalnya direka untuk sukan pelayaran, warna kelabu adalah versi kasut bersifat ‘lifestyle’ yang dipakai oleh pasukan Luna Rossa Prada Pirelli sewaktu mereka muncul sebagai pemenang dalam kejohanan PRADA Cup, sekali gus menjadi antara temasya sukan terbesar dunia, 36th America’s Cup dipersembahkan oleh Prada. 

 

Lanjutan itu, warna hitam turut dihadirkan sebagai memberi penghormatan kepada kisah sejarah kedua-dua jenama tersebut dengan kemasan dan palet warna yang halus dan bersahaja. 

Diilhamkan oleh seni dan warisan kedua-dua jenama serta kod estetik ikonik kapal layar AC75 Luna Rossa, siluet sniker A + P LUNA ROSSA 21 dibaluti PRIMEGREEN (bahagian atas), yakni sumber material dari bahan kitar semula juga berprestasi tinggi, diperkasakan oleh hidrofobik E-TPU pada bahagian luar, lidah EVA pula dirancang secara ergonomik, direka khusus menggunakan sistem ‘speed racing’. Dan material suede sintetik yang berongga pada bahagian dalam kasut. 

Keupayaan kasut dicemerlangkan dengan kelengkapan BOOST yang berongga pada bahagian midsole dan outsole, meningkatkan prestasi aliran udara untuk tujuan keselesaan dan keselamatan saat ia dipakai. Terusan memberi kebebasan bergerak yang lebih baik untuk pemakainya. 

Tiap perincian diteliti dengan sebaiknya, malah sepasang kasut A + P LUNA ROSSA 21 turut dilengkapi dengan beg pouch kalis air serta logo kedua-dua jenama menghiasi ternyata mempertegaskan lagi rekaannya. 

Koleksi Prada x Adidas yang baru ini akan dilancarkan secara global pada 19 Julai 2021 di butik Prada, butik flagship adidas, prada.com dan adidas.com. 

#adidasforprada

 

Artikel berkaitan: SELEBRITI LELAKI BERGAYA DI KEJOHANAN WIMBLEDON 2021

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AINA ABDUL X MELINDA LOOI: APABILA FESYEN JADI PERSEMBAHAN

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut