PUMA MENAMAKAN A$AP ROCKY SEBAGAI PENGARAH KREATIF PUMA X F1
Label sukan PUMA dan rapper terkenal, A$AP Rocky secara rasmi mengumumkan long-term creative partnership. Berakar umbi dalam perniagaan sukan permotoran, A$AP Rocky akan berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif dengan tumpuan pada kategori sukan dan streetwear.
A$AP Rocky akan menumpukan tenaga dan usahanya pada perkongsian baharu PUMA dengan F1. Dengan membangunkan kapsul khas yang direka olehnya, kolaborasi ini akan mempengaruhi hala tuju reka bentuk bermusim jenama itu dalam bergerak ke hadapan.
PUMA MENAMAKAN A$AP ROCKY SEBAGAI PENGARAH KREATIF PUMA X F1
Dengan sejarah dan warisan bertahun-tahun dalam sukan ini, PUMA tidak sabar-sabar untuk menerokai impak yang boleh dimainkan oleh streetwear dan fesyen di luar trek. Pengetahuan fesyen, gaya dan kepakaran budaya A$AP Rocky akan membawa perspektif baharu kepada penonton F1 yang semakin meningkat.
Selain itu, pengaruh A$AP Rocky terhadap jenama itu akan dilihat secara berperingkat-peringkat. Kebanyakannya dengan serta-merta dalam mengambil pendekatan incubator-style yang dicipta di dalam makmal untuk memulakan penerokaan kreatif yang kerjasama sukan dan fesyen.
Untuk baki tahun ini, A$AP Rocky akan memberi sentuhan kepada visual dan kandungan video untuk jenama itu. Kempen pertamanya, di mana dia bekerja di belakang takbir sebagai pengarah kreatif dan penerbit, meneroka budaya kereta di Amerika dan kesannya terhadap fesyen streetwear.
Lewat tahun ini pula, A$AP Rocky akan melancarkan koleksi PUMA x F1 yang sangat terhad. Koleksi pakaian dan aksesori ini akan memberikan gambaran sekilas ke dalam siri koleksi kapsul pada tahun 2024 sekitar perlumbaan F1. Koleksi-koleksi ini telah dikonsepkan dan direka olehnya dengan kerjasama pasukan PUMA dan F1.
Menjelang 2025, A$AP Rocky merancang untuk melibatkan diri sepenuhnya ke dalam reka bentuk kreatif produk holistik. Dengan semua produk PUMA x F1 merangkumi racewear, fanwear kepada fesyen. Dia juga akan terus mengambil bahagian dalam pemasaran. Dalam usaha berterusan untuk membawa disruption kepada kategori melalui reka bentuk produk dan konsep pemasaran yang inovatif.
A$AP Rocky berkata, “Bekerjasama dengan jenama ikonik seperti PUMA, dan inovatif seperti F1, sememangnya memberi inspirasi. Apabila dunia melihat apa yang kami lakukan, saya percaya perubahan akan berlaku dengan cara pendekatan jenama mengambil risiko dan bekerja dengan kreatif yang pelbagai.”
Maklumat lanjut tentang koleksi 2023 dan 2024 beliau akan dikongsi tidak lama lagi.
Artikel berkaitan: RIHANNA DEDAH WAJAH ANAK SULUNGNYA BERSAMA A$AP ROCKY DI TIKTOK
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 GAYA FASHION WEEK GLENN YONG PILIHAN GLAM LELAKI
Wajah Glenn Yong seringkali dilihat ketika musim minggu fesyen dan gaya fashion week Glenn Yong menjadi pelengkap wajah kacaknya.
6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI
Pempengaruh fesyen di Malaysia sudah semakin meningkat, walaupun dalam kalangan lelaki. Mereka menjadi satu inspirasi besar buat penggemar fesyen.
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.
MET GALA: GAYA IKONIK SELEBRITI LELAKI SEPANJANG ZAMAN
Met Gala dipenuhi dengan gaya-gaya ikonik setiap tahun, yang tidak pernah mengecewakan peminat fesyen seluruh dunia.
PUMA SPEEDCAT BALLET PERKENAL SILUET MARY JANE
Bersedia untuk pengalaman penuh gaya, feminiti serta kelajuan bersama PUMA Speedcat Ballet yang menjadi kehangatan balletcore!
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.