Skip to content

RIMOWA PERKENAL ORIGINAL BACKPACK BERONA SILVER

RIMOWA PERKENAL ORIGINAL BACKPACK BERONA SILVER

Kongsikan artikel ini

Kembali dengan rona baharu iaitu silver, RIMOWA sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dalam menggabungkan fesyen dan pratikaliti.  

RIMOWA kembali dalam memperkukuhkan lagi reputasi mereka dalam rekaan premium. Mereka memperkenalkan Original Backpack dalam Silver, pelengkap terbaru kepada koleksi aluminium mereka yang ikonik. Dibuat di Cologne dengan kepakaran kejuruteraan Jerman, beg ini menyatukan estetika sofistikated dengan fungsi yang tiada tandingan. Ia dicipta khusus untuk pengembara moden yang mahukan gaya dan ketahanan di dalam satu rekaan yang kompak.

rimowa silver

Gambar: RIMOWA

Baca: STAIL PERCUTIAN HUN HAQEEM SEBAGAI INSPIRASI

Direka untuk memenuhi pelbagai detik kehidupan, sama ada menuju ke pejabat mahupun merentasi benua. Original Backpack menampilkan kerangka aluminium kukuh yang melindungi barangan dengan sempurna. Garisan beralur, sudut bulat, dan kemasan perak berkilau mengingatkan kepada rekaan lagenda beg pakaian Original RIMOWA. Sistem kunci latch-lock baharu dengan kemasan logam premium memberikan sentuhan mewah serta operasi yang lancar.

rimowa silver

Gambar: RIMOWA

Keselesaan pengguna turut menjadi keutamaan RIMOWA. Padding belakang bernafas digabungkan dengan tali bahu boleh laras bagi memastikan pemakaian sepanjang hari kekal selesa. Bahagian belakangnya juga direka praktikal, dengan poket telefon tersembunyi untuk akses segera serta tali webbing berkoordinat Cologne yang membolehkan beg disangkut dengan mudah pada bagasi RIMOWA.

Baca: 5 GAYA PASANGAN FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN

rimowa silver

Gambar: RIMOWA

Bahagian dalamannya pula direka dengan penuh kebijaksanaan, memenuhi keperluan profesional buat hari-hari yang sibuk. Pouch boleh tanggal menambah ruang penyimpanan, manakala pembahagi dengan poket pelbagai fungsi di satu sisi serta ruang khas untuk komputer riba sehingga 16 inci di sisi lain menjadikan susun atur dalamannya fleksibel dan tersusun. Lapisan nilon kelabu yang senada dengan koleksi bagasi RIMOWA, dihiasi dengan perincian kulit, serta perkakasan aluminium dengan monogram terukir menambah sentuhan mewah yang tersendiri.

Pautann berkaitan: COACH SPRING 26: GAYA URBAN NEW YORK CITY

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

koleksi terbaik

KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.

Bacaan Lanjut
RIMOWA

RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE

Bacaan Lanjut

RIMOWA ORIGINAL BAG SEBAGAI PENEMAN SETIA GAYA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
THE ORIGINAL BAG MENGHIDUPKAN LEGASI RIMOWA

THE ORIGINAL BAG MENGHIDUPKAN LEGASI RIMOWA

Bacaan Lanjut

KOLABORASI RIMOWA x PORSCHE UNTUK MENYATUKAN KELAS DAN FUNGSI

Bacaan Lanjut
RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

Bacaan Lanjut