Skip to content

SELESA DAN KLASIK, LEVI’S® MEMPERKENALKAN PADANAN SEGAR BAHARU BAGI KOLEKSI MUSIM LURUH/DINGIN

Kongsikan artikel ini

Tingkatkan gaya harian anda dengan koleksi musim/luruh daripada Levi’s® yang segar dan selesa. Koleksi baharu ini menjanjikan gaya yang sempurna untuk dipadankan dengan pakaian bagi apa jua gaya fesyen.

Tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia sangat menggemari jenama pakaian paling dikenali di seluruh dunia, Levi’s®. Sebut sahaja nama Levi’s®, satu cara yang mengekspresikan jenama ini ialah selesa, klasik, autentik untuk gaya hidup masa kini.

SELESA DAN KLASIK, LEVI’S® MEMPERKENALKAN PADANAN SEGAR BAHARU BAGI KOLEKSI MUSIM LURUH/DINGIN 2024

Meski kekal dalam leluhur warisan dan tradisi yang berakar umbi sejak dahulu, Levi’s® sentiasa mencari cara baharu untuk menawarkan gaya terkini yang segar. Memanfaatkan sejarah panjang jenama ini selaku peneraju dalam siluet klasik dan rekaan inovasi.

Koleksi Musim Luruh/Dingin ’24 memperkenalkan rangkaian padanan baharu yang menawarkan keselesaan, elegan dan versatil. Padanan segar ini terdiri daripada 555™ Relaxed Straight dan XX Chino Tech untuk lelaki serta XL Straight bagi wanita.

Himpunan klasik yang lebar diilhamkan oleh potongan lurus tahun ‘90-an, di mana seluar jeans 555™ Relaxed Straight baharu ini tak lapuk dek zaman dan boleh dipakai berterusan. Ditawarkan dalam rangkaian cucian bersih malah dalam padanan berinspirasikan utiliti, ia melekap di pinggang. Apa yang lebih menarik, dengan tindanan kelepet serta kekal santai pada bahagian punggung dan paha. Ia kelihatan menarik dahulu dan tampil menarik ketika ini dalam pelbagai rupa.

Bersandarkan pada minat yang diperbaharui bagi padanan denim yang lebih longgar, selain gaya asasi yang telah diterima pakai oleh semua jenis bentuk badan dan jantina. Levi’s® menghimpunkan XL Straight baharu ini dihasilkan untuk wanita dengan menjanjikan keselesaan kasual pada seluar jeans longgar gaya santai.

Diperbuat daripada 14 auns denim tulen, seluar jeans mid-rise longgar pada bahagian pinggul dan paha dengan kaki yang lebar serta lurus. Padanan besar yang segar dan versatil ini didatangkan dengan tali pinggang yang boleh ditanggalkan.

Levi’s®

Berharga pada RM319, padanan-padanan baharu ini boleh didapati di butik-butik Levi’s® seluruh negara dan di levi.com.my mulai 1 Julai 2024.

Baca lebih lanjut: 4 GAYA FESYEN BLUE PONGTIWAT PILIHAN GLAM LELAKI

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

zegna winter 2024

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN ZEGNA WINTER 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
TOMOK TENANG BERDEPAN UJIAN RAMADAN

TOMOK TENANG BERDEPAN UJIAN RAMADAN

Bacaan Lanjut
KOLEKSI KOLABORASI LEVI'S DAN STÜSSY TAMPIL DENGAN GAYA KLASIK!

KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!

Bacaan Lanjut
Coach Fall 2023

LIVESTREAM PERTUNJUKAN KOLEKSI COACH FALL 2023 DI SINI – GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

LEVI’S® MENGINOVASI DENIM 501® DEDIKASI MUSIM PERCUTIAN 2022

Bacaan Lanjut
YSL TAMPILKAN SARTORIAL WINTER UNTUK KOLEKSI MUSIM LURUH TAHUN INI

YSL TAMPILKAN “SARTORIAL WINTER” UNTUK KOLEKSI MUSIM LURUH 2022

Bacaan Lanjut