SIMONE ROCHA X H&M, PERKHABARAN BAIK BUAT LELAKI
SIMONE ROCHA DIJEMPUT H&M UNTUK MENGADAKAN KERJASAMA KREATIF. BUTIRAN MUTIARA MEMBENTUK ASPEK TERPENTING UNTUK KOLEKSI LELAKI YANG JULUNG KALINYA DIREKA SIMONE ROCHA. SATU PERKHABARAN BAIK BUAT GOLONGAN PRIA. DAPATKAN ITEM-ITEM SIMONE ROCHA X H&M BERMULA 11 MAC INI.
Koleksi kapsul H&M bersama pereka fesyen kembali tahun ini. Satu permulaan yang baik kerana industri fesyen kembali bersinar. Simone Rocha x H&M merupakan lanjutan daripada projek tahunan H&M, yang mana sebelum-sebelum ini, Marni, Versace, Balmain, Kenzo, Erdem, Alexander Wang, dan banyak lagi antara yang pernah mendapat undangan istimewa H&M, serta mencipta fenomena tersendiri. Simone Rocha ‘tamu’ baharu H&M.
Koleksi Simone Rocha x H&M telah melancarkan lookbook dengan sepenuhnya. Segala teka teki terjawab. Istimewa untuk projek ini, Simone Rocha menawarkan koleksi buat seisi keluarga. Umumnya diketahui, terdapat koleksi untuk lelaki dan kanak-kanak yang julung kalinya direka oleh Simone Rocha. Tawaran tersebut secara tak langsung untuk meraikan penglibatan Simone Rocha selama sepuluh tahun dalam industri. Koleksi kapsul ini mendefiniskan signatur gaya Simone Rocha.


Dedikasi lelaki, hampir setiap rekaan yang terkandung dilengkapi mutiara yang membentuk ‘statement’, selain itu melambangkan identiti rekaan Simone Rocha. Koleksi lelaki Simone Rocha x H&M bernada ‘romanticism’ yang mencemerlangkanw warna-warna lembut seperti putih dan merah jambu. Rekaan sedia pakai yang asas dalam gerobok lelaki ditawarkan, misalnya, jaket parka, sut, kardigan lembut, baju panas wool, kot trench, beg sandang, sepatu hitam, stoking, dan celana.
Selain mutiara, sepasang sut corak tartan yang pastinya ada impak, merupakan perhitungan baharu untuk lelaki. Identiti jenama Simone Rocha terlihat jelas pada aspek-aspek yang memaut. Terdapat aksesori kesukaan lelaki, seperti beg sandang yang menyemat kefungsian. Kerongsang mutiara dijadikan pelengkap gaya yang mencipta statement tersendiri. Ringkasnya, koleksi ini merupakan satu penghormatan Simone Rocha buat seni, sejarah dan jati dirinya.


Pemilihan motif-motif tersebut bertujuan untuk ‘revisit’ koleksi Simone Rocha yang telah diasaskan Simone Rocha sejak penglibatan awalnya. Ternyata idea dan inspirasi yang membentuk koleksi ini mempertembungkan yang terkini bersama klasik, lalu membentuk satu himpunan baharu nan segar. Di samping mencemerlangkan fesyen lelaki masa kini, ia juga sebagai lambanı kejayaan Simone Rocha yang cukup cemerlang.
Dapatkan koleksi Simone Rocha x H&M bermula 11 Mac 2021 dengan pembelian secara online dan stor H&M Lot 10 Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: 5 PERKARA KAMI SUKA TENTANG TOD’S MUSIM BUNGA 2021
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”
"Tahun lalu saya mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe Championship," Putera Adam.
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”
"Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan melangkah sejauh ini, jadi ia merupakan satu kejutan besar dan rezeki," Qal-G.
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.











