SPESIFIKASI KERETA TRUMP YANG MENGAGUMKAN
Dunia sekarang seakan menantikan kereta Donald Trump kini sedang melalui ujian terakhir sebelum ia dihantar ke White House untuk kegunaan beliau. Kereta khas yang dipanggil oleh Trump sebagai Cadillac One and ‘The Beast’ itu bernilai $1.2 juta (RM5.4 juta) dan dilihat mempunyai sistem pertahanan yang utuh dan dilengkapi spesifikasi keselamatan yang mengagumkan. Khabarnya, ia juga dilihat seakan menyerupai kereta milik Obama.
Berdasarkan laporan The Sun, The Beast dilengkapi dengan pintu besi setebal lapan inci dan berat keseluruhannya adalah lapan tan. Malah, kereta ini juga dicipta untuk menahan apa saja serangan termasuk serangan biologi dan kimia. Menurut laporan, kereta terbabit boleh bertahan dari bom jalanan dan tangki minyaknya pula kalis letupan. Yang manariknya, hanya cermin sisi di bahagian pemandu sahaja dibolehkan untuk dibuka dan di dalam bonet pula terdapat bekas yang mengandungi darah sekiranya memerlukan transfusi kecemasan untuk presiden.
Antara ciri-ciri lain kereta itu termasuklah mempunyai senapang patah, tayar Kevlar, yang akan tetap bergerak biarpun bocor, serta dilangkapi sistem oksigen yang akan digunakan sekiranya terdapat serangan kimia.
Selain itu, beberapa senjata lain turut disembunyikan di gril hadapan kereta berkenaan yang boleh digunakan untuk menyerang balas penyerang. Beberapa laporan menyatakan kereta itu dipercayai dibina oleh General Motors.
Sumber: The Sun
Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023
Apakah motosikal yang termahal di dunia tahun ini? Walaupun ada yang hanya dipamerkan di muzium, semak senarai ini untuk mengetahui motosikal atau superbike yang berjaya menduduki senarai teratas.
KANYE WEST MAHU TERUS MARA DALAM PILIHAN RAYA 2024
Selepas tewas dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020, Kanye West mengumumkan dia akan bertanding dalam pilihan raya seterusnya.
DONALD TRUMP TERIMA MENANTU BILIONAIR BERKETURUNAN LUBNAN, MICHAEL BOULOS
Tiffany Trump selamat bergelar isteri Micheal Boulos dalam majlis perkahwinan mewah bertemakan Lubnan-Amerika pada 12 November.
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya
Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, Volvo Car Malaysia menyasarkan 75% jualan daripada EV menjelang 2025 lantas menyasarkan untuk menjadi syarikat automatif eletrik sepenuhnya menjelang 2030.
GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU
Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan evolusi digital generasi terbaharu Golf R-Line yang kini hadir dengan desain yang lebih sporty dan ekspresif.
Keanggunan Nan Agresif
Arteon R-Line baharu tampil mengimbangi kuasa, karakter serta karismanya. Mengemudi stereng yang disokong sistem pacuan semua roda 4MOTION menyalurkan kuasa buat memberi cengkaman serta kawalan lebih baik.