Skip to content

STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA BRIDGERTON MUSIM KETIGA

STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA BRIDGERTON MUSIM KETIGA

Kongsikan artikel ini

Selepas lama penantian, bahagian pertama Bridgerton musim ketiga akan disiarkan di Netlix pada 17 Mei.

Untuk meraikannya, Netlix menganjurkan acara tayangan perdana untuk musim ini di New York sekali gus menyatukan barisan pelakon di karpet merah.

Beberapa selebriti dilihat menggayakan persalinan terbaik mereka. Bagaimanapun ada antaranya yang tersilap membuat percaturan dan gagal menyerlah.

Semak gaya bintang Bridgerton musim ketiga di karpet merah

Nicola Coughlan tampil bergaya dalam gaun ala tuksedo daripada Danielle Frankel. Sarung tangan putih dan kasut rona sedondon melengkapkan penampilannya yang elegan.

 

Menyarung Versace, Luke Newton memadankan jaket motif kotak hitam-merah dengan kemeja putih dan celana hitam. Penampilannya berbeza dengan gaya sut yang biasa dilihat di karpet merah, malangnya ia tiada aura glamor yang sepatutnya ada untuk acara sebegini.

 

Jonathan Bailey muncul di tayangan perdana Bridgerton dalam persalinan serba putih Brioni. Baju jarang menambah elemen pop pada penampilannya.

 

Gaun berkilauan daripada Prada ini amat memukau mata, namun Simone Ashley kelihatan tenggelam terutama dengan padanan aksesori terlalu ringkas.

 

Hannah Dodd mencuri perhatian dalam gaun tanpa lengan dua tona yang moden dan elegan.

Bridgerton

 

Tambahan mantel dan cutout seksi pada gaun hitam-putih Adjoa Andoh menyerikan penampilannya yang anggun.

Bridgerton

 

Gaya Claudia Jessie dalam sut berjalur rekaan Stella McCartney tenggelam dek sepatu blok hijau terang yang disarungnya.

Bridgerton

 

Antara salah satu gaya terbaik di karpet merah tayangan perdana Briderton. Naturi Naughton memberi penghormatan kepada Era Regency dengan menggayakan gaun yang diberi sentuhan moden dalam rona merah jambu.

Bridgerton

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: STAIL TERBAIK PELAKON ARGYLLE DI KARPET TAYANGAN PERDANA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA DEADPOOL & WOLVERINE

STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA DEADPOOL & WOLVERINE

Bacaan Lanjut
GAYA BINTANG TERNAMA DI ‘OSCAR SAINS’, BREAKTHROUGH PRIZE AWARDS 2024

GAYA BINTANG TERNAMA DI ‘OSCAR SAINS’, BREAKTHROUGH PRIZE AWARDS 2024

Bacaan Lanjut
FESYEN TERBAIK BRIT AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI

FESYEN TERBAIK BRIT AWARDS 2024 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
10 YANG SEGAK DI INDEPENDENT SPIRIT AWARDS 2024

10 YANG SEGAK DI INDEPENDENT SPIRIT AWARDS 2024

Bacaan Lanjut

10 STAIL TERBAIK SELEBRITI DI BAFTA AWARDS 2024

Bacaan Lanjut
FESYEN SELEBRITI DI TAYANGAN PERDANA DUNE: PART TWO

FESYEN SELEBRITI DI TAYANGAN PERDANA DUNE: PART TWO

Bacaan Lanjut