5 GAYA FESYEN TERBAIK GULF KANAWUT PILIHAN GLAM LELAKI
Siapa tidak kenal jejaka berbakat dari Thailand, Gulf Kanawut yang kini semakin menyerlah dengan gaya fesyen yang sering dikongsi di laman sosial beliau?
Gulf Kanawut bukan sahaja terkenal dengan bakat lakonannya yang hebat, malah kemahiran beliau dalam mengekspresikan gaya peribadinya juga menarik untuk diperhatikan. Bintang tampan dari Thailand itu berani untuk bereksperimen dengan pelbagai trend fesyen, mencipta penampilan peribadi yang versatil dan unik.
INI 5 GAYA FESYEN TERBAIK GULF KANAWUT PILIHAN GLAM LELAKI
Mari kita lihat 5 gaya menarik Gulf Kanawaut pilihan GLAM Lelaki yang menggambarkan kreativiti dan keberanian beliau dalam berfesyen.
1. KLASIK HITAM
Penampilan Gulf Kanawut ini menampilkan gaya santai dan tetapi tetap kelihatan stylish. Beliau memadankan penampilannya dengan jaket kulit berona hitam yang disempurnakan bersama Gucci Wavy GG Laser Print Denim Pants. Sepasang seluar denim ini menampakkan cetakan laser GG berombak allover dan ia merupakan kombinasi yang sempurna.
2. SANTAI BERKEMEJA PUTIH DAN JEANS
Penampilan santai ini, Gulf Kanawut tetap terlihat sorotannya tersendiri. Beliau memadankan kemeja putih dan jeans membuatkan penampilannya semakin aktraktif namun tidak terlalu berlebihan. Penggayaan minimal, namun menggayakan pakaian yang diperbuat daripada kualiti premium juga perlu dititikberatkan.
3. BERGAYA DENGAN BLAZER
Bukan sahaja sering menggayakan gaya santai, malahan Gulf Kanawut juga kelihatan begitu dashing dalam memadankan blazer hitam daripada busana Gucci ini. Beliau merupakan seorang yang bijak bergaya dan tahu menyuai padan seiring dengan personalitinya.
4. GAYA STREETWEAR
Penampilan ini memamerkan elemen ‘streetwear‘, menghasilkan gaya yang tidak hanya berani tetapi juga menampilkan kelas yang tinggi. Beliau memadankan tank top bersama jaket kulit berona hitam dan juga jeans untuk mencapai gaya fesyen streetwear yang menarik.
5. AIRPORT LOOK
Baru- baru ini, Gulf Kanawut menggayakan koleksi daripada Onitsuka Tiger. Seperti biasa, beliau tampak bergaya dalam perjalanan menuju ke Milan Fashion Week. Kombinasi penampilan ini sememangnya boleh menjadi inspirasi.
Baca lebih lanjut: 25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
STAIL SELEBRITI DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA WOLFS
TCL Chinese Theater, Los Angeles menyaksikan kehadiran barisan pelakon dan tetamu untuk tayangan filem terbaru, Wolfs pada 19 September lalu.
EMMY AWARDS 2024: GAYA KARPET MERAH TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Karpet merah Emmy Awards ke-76 menyaksikan momen fesyen terhebat bintang Hollywood dalam persalinan segak dan bergaya.
TIPS PENGGAYAAN MEMADANKAN WARNA DAN CORAK UNTUK PARA JEJAKA
GLAM Lelaki menyenaraikan tips penggayaan serta panduan asas untuk mencerminkan personaliti melalui padanan warna dan corak pakaian lelaki.
STAIL TERBAIK DI KARPET MERAH FESTIVAL FILEM CANNES 2024
Acara ekstravaganza, Festival Filem Cannes kebiasaannya menampilkan antara detik fesyen gah dan terbaik sepanjang tahun.
5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI
Bintang Thailand, Bright Vachirawit akan membuat penampilan istimewa pada 23 April ini untuk meraikan produk terbaru Kiehl's di Mid Valley Megamall. Bright Vachirawit yang merupakan pelakon dan penyanyi terkenal juga sering dilihat dengan gaya fesyen yang menarik perhatian ramai.
25 GAYA MENSWEAR SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI MILAN FASHION WEEK 2024
Siapakah selebriti lelaki yang mencuri perhatian dengan gaya menswear terbaik ketika Milan Fashion Week 2024 di kota fesyen Itali kali ini?