STYLISH SYAWAL, ITEM FESYEN IDEAL SEMPENA PERAYAAN
DUA HARI LAGI KITA BAKAL MENYAMBUT KEMULIAN BULAN SYAWAL. PERSIAPAN MASIH SEMPAT UNTUK DILAKUKAN. GLAM LELAKI CADANGKAN ITEM-ITEM FESYEN YANG BOLEH DIJADIKAN OPSYEN BERGAYA ‘STYLISH’ SEPANJANG MUSIM PERAYAAN INI.
SNIKER & STOKING PUTIH
Sesekali sarung sniker, yang dipadankan bersama baju tradisional raya untuk mencipta kontra gaya yang sempurna. Tak semestinya, kala menyambut Lebaran perlu memakai sandal kulit yang bukan lagi satu penggayaan yang baharu. Keseluruhan penampilan tradisional akan tampak lebih tegap serta ada sifat kontemporarinya dengan menyarung sniker ilham BOSS X Russell Athletic ini. Memudahkan perjalanan jua, terutamanya pabila sibuk menghadiri acara rumah terbuka pada Syawal nanti. Stoking putih dengan logo BOSS X Russell Athletic melengkapi penampilan.
BEG SILANG & PELITUP MUKA LV X NBA II
Beg silang material kulit adalah item fesyen sempurna pabila memperhias diri kala menyambut musim perayaan. Praktikaliti memaut hebat pada beg silang ilham LV X NBA II yang terbaharu ini. Digayakan dengan cara menyilang pada dada. Silangan ‘cool’ pada paduan baju tradisional atau kurta moden, menyuntik imejan lelaki yang mementingkan stail tak mengira acara. Warna ‘brown’ memberi ruang yang versatil buat pemilik untuk menyuai padan. Pelitup muka bercorak monogram dan logo NBA, meningkatkan lagi stail, yang mana pelitup muka adalah aksesori wajib sekarang.
THE SADDLE UNIVERSE MAXI VERSION
You can wear this anytime. Tak tertumpu pada gaya Lebaran kali ini sahaja. Terbukti, ia merupakan satu item yang sangat berbaloi pelaburannya. Beg tangan The Saddle dari Dior, sememangnya sudah cukup ikonik, apatah lagi hadir dalam versi Maxi yakni saiz yang berganda. Material kulit bermutu, ditawarkan dalam warna hitam atau khaki grained serta untuk pencinta logo, kanvas the Dior Oblique. Terdapat banyak ruang dalam beg untuk menyimpan keperluan, memberi opsyen gaya berselera urban elegansi. Stylish Raya, inilah solusinya.
BEG MINI VERSACE
Dalam koleksi Versace pra musim luruh 2021, terdapat serangkaian aksesori yang wajar dimiliki dan digayakan pada Lebaran nanti. Yakni beg mini yang ringkas penciptaannya, tiada butiran yang melebih-lebih. Ringkas pada pandangan pertama, namun ada efek dan impaknya pabila disarungkan. Faktor ‘masculinity’ tersemat pada tiap bahagian termasuklah gancu Medusa yang cukup ikonik. Ditampilkan pada bahagian depan beg, lantas mengutuhkan rekaan dan identiti Versace.
ONE STUD SNEAKERS VALENTINO GARAVANI
Hadir dalam dua reka bentul unggul, low-top dan mid-top serta dalam tiga kombinasi warna untuk dipilih mengikut cita rasa tersendiri. Untuk memudahkan suai padan bersama baju tradisional Raya, pakailah kombinasi warna putih dan hitam atau putih sahaja. ‘Stud’- melambangkan signatur gaya Valentino, ditampil hebat pada permukaan kasut menyerlahkan dimensi fesyen yang cemerlang. Such a cool shoes.
Artikel berkaitan: GUCCI BASKET, HIGH-TOP TRAINERS YANG COOL
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK
Penyuka gaya vibrant dan muda pasti mengimpikan koleksi ini melengkapi gerobok fesyen musim baharu. Ucapkan hello to Tiffany & Co. dan Nike.
SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU. “I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE”
Kenali Sky Iskandar, bergelar model, usahawan dan mula menceburi bidang lakonan. Bercerita tentang fesyen dan gaya peribadinya.
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.
CAI XUKUN, BINTANG ASIA SAMBUT TAHUN BARU LUNAR BERSAMA PRADA
Bintang terkemuka Asia terpilih menghiasi kempen Prada dedikasi Tahun Baru Lunar 2023.
KEMBARA STYLISH DENGAN “LOGO MOSCHINO”
Menyambut musim liburan, Moschino hadirkan koleksi kapsul penuh gaya “LOGO MOSCHINO”. Semak lima gaya pilihan GLAM Lelaki.
5 BEG LELAKI MESTI MILIKI SEBELUM TIBA TAHUN BARU
Kita bakal mengucapkan selamat tinggal 2022. Semak lima cadangan beg baru untuk penampilan akhir tahun.