TAMPIL BERBEZA LEBARAN INI DENGAN SENTUHAN UNIK DARI KIT WOO
Raya adalah masa untuk tampil bergaya, tetapi siapa kata anda perlu mengikut kebiasaan? Kit Woo Raya / Pre-Spring 2025 hadir untuk lelaki yang mahukan sesuatu yang berbeza—masih berakar pada tradisi, tetapi dengan sentuhan moden yang lebih berani.
Jika anda bukan jenis yang suka tenggelam dalam lautan Baju Melayu biasa, koleksi ini memang untuk anda. Kit Woo, pereka yang terkenal dengan pendekatan avant-garde dalam fesyen lelaki, mengambil inspirasi daripada Silat—seni bela diri yang penuh dengan pergerakan kuat dan anggun—lalu menerjemahkannya ke dalam rekaan yang lebih struktur, bersiluet bersih, dan penuh inovasi.
APA NAK PAKAI JIKA MAHU LANGGAR ‘PERATURAN’ TANPA MENYIMPANG DARI TRADISI?
- Baju Melayu Versi Baharu – Minimalis tetapi penuh impak. Potongan kemas dengan butang unik, mengekalkan aura maskulin tanpa perlu terlalu klasik.
- Jubah Yang Tidak Klise – Rekaan longgar dengan kolar asimetri dan tali serut boleh laras, memberikan gaya yang lebih moden dan santai.
- Samping Bertukar Menjadi Sut – Siapa sangka samping boleh dijadikan helaian utama? Sut ini diperincikan dengan potongan tajam, membawa gaya tradisional ke era baharu.
- Jaket Tanpa Kolar – Gaya layering yang ringkas tetapi memiliki kemasan ‘raw edges’ yang memberi sentuhan edgy.
- Seluar Dengan Gaya Berbeza – Inspirasi daripada samping, gaya lilitan pada seluar ini menjadikannya lebih dinamik dan unik.
MENGAPA KOLEKSI INI LAIN DARI YANG LAIN?


Kit Woo tidak sekadar mencipta pakaian, tetapi mengubah perspektif tentangnya. Koleksi ini neutral jantina, fleksibel, dan moden tanpa kompromi. Penggunaan fabrik seperti denim indigo, chambray, dan kain Oxford memberikan tekstur yang eksklusif, sementara palet warna putih, biru indigo, dan hitam memastikan setiap helaian kekal sofistikated.
Paling penting, koleksi ini memberi kebebasan untuk anda mengekspresikan gaya tersendiri. Gayakan mengikut citarasa—angkat elemen moden atau selitkan sedikit tradisi. Ini bukan tentang mengikut arus, tetapi mencipta identiti fesyen sendiri.
Raya kali ini, lupakan gaya biasa. Tampil berbeza. Jadi lain dari yang lain. Miliki gaya anda.
ARTIKEL BERKAITAN: PANDUAN MEMILIH POTONGAN BAJU MELAYU SEBELUM MEMBELI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MUQH MAZELAN, “MODELLING BUKAN SAHAJA TENTANG RUPA. IT’S ABOUT YOUR STYLE, YOUR CHARACTER AND YOUR PERSONALITY.”
GLAM Lelaki mengajak model baharu, Muqh Mazelan bersembang seperkara dua tentangnya dan harapannya pada masa akan datang.
LEGASI ALPHA MEN DITERUSKAN DENGAN ‘THE NEW A-LIST’
Dengan bertemakan Black Tie Redefined (Your Interpretation Of The New Formal), malam penuh santai dan mesra ini dihadiri hampir 150 tetamu memeriahkan acara.