TARUHAN SEGAR LV TRAINER
LV TRAINER, SATU LAGI KOLEKSI DARI LOUIS VUITTON YANG PERLU DIFOKUSKAN MUSIM INI. REKA BENTUK TERINSPIRASI DARI KASUT BOLA KERANJANG VINTAJ, DIOLAH DALAM WARNA BAHARU UNTUK MEMASTIKAN SENTUHAN SEGAR TERLIHAT.
Kedatangan Virgil Abloh ke rumah fesyen Louis Vuitton telah membawa banyak perubahan di dalamnya. Termasuk membawa kejayaan yang tak terduga sehingga membuat rangkaian koleksi Louis Vuitton begitu diagungkan. Apalagi jika berbicara mengenai koleksi kasut. Virgil telah mereka koleksi kasut yang beragam, bersifat eksentrik, lantas mengubah pandangan fesyen lelaki. Sentuhan Virgil sememangnya memberikan sesuatu rekaan itu menjadi pujaan dan bual hangat.

Pertama kali diperkenalkan sewaktu persembahan koleksi musim bunga/panas 2019, koleksi LV Trainer hadir dalam olahan baharu. Kekal dengan mutu pembuatannya, variasi gaya ditawarkan, yang mana memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam masa untuk menyiapkan sepasang LV Trainer.
Menggarap inspirasi dari rekaan kasut bola keranjang vintaj, seringnya menjadi kesukaan Virgil, dan menggunakan sol getah teknikal yang disuntik dengan gel serta bertatahkan bunga Monogram yang pelbagai. Versi baharu ini turut terinspirasi dari olahraga yang aktif. Untuk itu, rangkaian LV Trainer memadukan kefungsian, kenyamanan, aspek fesyen yang tersendiri dan merekanya segaya mungkin. Menepati gaya musim panas yang secara tak langsung meningkatkan stail dengan mudah.


Identiti Louis Vuitton cukup terserlah dengan cetakan signature LV pada lidah dan sisi, #54 signature pula pada bahagian belakang, menandakan tahun 1854, tahun jenama Louis Vuitton diasaskan.
Seperti biasa, cetakan Monogram tentunya menjadi fokus utama, dalam olahan yang segar dan unik, Sama ada embos pada material kulit anak lembu atau kulit yang nyaman. Dengan kemunculan kombinasi warna yang bertenaga, tiap LV Trainer memiliki kekuatan identiti yang tersendiri, memberikan elemen dan kesan yang luar biasa pada sepatu, selain juga memberikan opsyen terbaik untuk penampilan stylish.
#LouisVuitton
Artikel berkaitan: BEST & NEW MEN’S TRAINERS THIS MONTH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”
"Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan melangkah sejauh ini, jadi ia merupakan satu kejutan besar dan rezeki," Qal-G.
KENALI JEMPUT DENGAR, MERAYAKAN MUZIK, GAYA & INSPIRASI MERENTAS GENERASI
"Individu impian saya untuk bekerjasama ialah Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Francissca Peter," Jemput Dengar.
JAMES JIRAYU: BINTANG THAILAND YANG TERUS MENAWAN ASIA, KINI MEMASUKI FASA KEHIDUPAN BAHARU
GLAM Lelaki mencipta sejarah dengan bintang Thailand pertama menghiasi muka depan. Istimewa penutup 2025, GLAM Lelaki tampilkan James Jirayu.
HAKIM PARKER, “JANGAN BERHARAP UNTUK “NASIB BAIK” TANPA USAHA YANG SEBENAR.”
Hakim Parker, content creator dan pengasas podcast ‘Borak Space’ yang membawa gelombang baharu, terus mencorak ruang digital tempatan.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.













