THE MALAYA OLEH RIZMAN RUZAINI BAKAL DIGAYAKAN KONTINJEN MALAYSIA DI SUKAN OLIMPIK PARIS 2024
Acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 akan diadakan pada 26 Julai 2024 di Sungai Seine di ibu kota Perancis.
#Paris2024 bakal bermula esok dan kontijen negara sudan bersedia untuk mengharumkan nama Malaysia dengan penuh bergaya! Sukan Olimpik kali ini akan menyaksikan atlet-atlet negara menggayakan koleksi ‘The Malaya’ oleh pereka fesyen tempatan, Rizman Ruzaini.
Menamakan koleksi yang akan diperagakan kontinjen Malaysia pada acara pembukaan Sukan Olimpik 2024 ini sebagai The Malaya. Ia meresapkan ‘roh’ perjuangan pahlawan-pahlawan di Tanah Melayu dan Borneo sebelum era kemerdekaan untuk dibawa bersama atlet-atlet yang akan berjuang di lapangan sukan di Paris nanti.
Koleksi ini adalah sebagai satu dedikasi dan aspirasi Rizman Ruzaini buat perwira negara seperti Dato’ Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut, Dato’Bahaman, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong dan tidak ketinggalan pejuang tanah Borneo seperti Rentap, Mat Salleh, Antanum dan Sharif Masahor.
Acara pembukaan yang akan diadakan pada 26 Julai 2024 di Sungai Seine ini akan menyaksikan kontinjen Malaysia yang terdiri daripada atlet-atlet negara kita bakal berjalan dengan megah dan bangga membawakan sarungan koleksi adi busana tradisional Baju Kurung dilengkapi kelubung dan Baju Melayu Teluk Belanga dilengkapi songkok dan sampin.
Busana Tradisional Malaysia di Pentas Pembukaan Paris 2024
Baju Kurung berkerubung ini dipilih kerana potongannya. Ia yang dilihat mampu menyerlahkan penampilan anggun dan pastinya terletak sopan pada tubuh atlet wanita kita. Manakala Baju Melayu Teluk Belanga dipilih untuk disesuaikan dengan musim panas di sana agar atlet lebih selesa menggayakannya. Potongan Teluk Belanga juga dipilih sebagai tanda menjunjung kasih buat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor. Potongan kedua-dua koleksi ini dipersembahkan dalam cetakan motif songket yang digarap bersama identiti Rizman Ruzaini yang eksklusif.
Menurut Pengarah Kreatif Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil, inspirasi ini sudah ada dalam buah fikirannya untuk koleksi KL Fashion Week yang terdahulu. Jadi, ia diguna pakai semula dengan cambahan idea baharu yang lebih mantap dan solid. Menerusi penggunaan material yang lebih dekat dengan imej tradisi budaya kita yang mengutamakan nilai kesopanan.
“Bagi saya inspirasi ini tidak asing untuk jenama Rizman Ruzaini itu sendiri kerana kami antara pereka lokal yang sentiasa memperjuangkan seleksi pakaian tradisi budaya asli kita seperti Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Kedah, Baju Melayu, Sampin dan sebagainya. Ia memperlihatkan bagaimana fesyen juga menyatukan semua bangsa dalam sebuah negara perpaduan dan aman seperti Malaysia. Kita punya sejarah yang cukup mematangkan dan kita mahu ia dilanjutkan menjadi penyatuan yang indah untuk semua kaum.”
Untuk pemilihan warna pula, Ruzaini memilih skim warna seperti kecoklatan dan hijau zaitun. Warna-warna ini memberikan satu aura klasik dan sangat intim untuk kulit orang Asia. Apabila warna ini berada di bawah pantulan cahaya, ia akan memancarkan efek keemasan. Simbolik rona keemasan ini adalah sebagai titipan harapan untuk para atlet kita membawa pulang pingat emas untuk Malaysia.
Baca lebih lanjut: 5 PENYANYI LELAKI YANG PERNAH MENJADI PEMBAWA OBOR OLIMPIK SELAIN JIN BTS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PENYANYI LELAKI YANG PERNAH MENJADI PEMBAWA OBOR OLIMPIK SELAIN JIN BTS
Kenali barisan bintang Hollywood yang pernah menyertai acara larian obor Sukan Olimpik sejak dua dekad lalu.
RIZMAN RUZAINI LAKAR SEJARAH DI VICTORIA AND ALBERT MUSEUM LONDON
Satu persatu pencapaian luar biasa diraih jenama fesyen tersohor tanah air, Rizman Ruzaini di peringkat antarabangsa.
TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024
Barisan selebriti dan pempengaruh media sosial telah hadir untuk memeriahkan #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024 tahun ini dengan meriah. Bertemakan 'Mismatched Chaos', para tetamu yang hadir telah menunjukkan penampilan dan gaya yang unik.
RAINAA BUAH HATI TERBARU RIZMAN NORDIN & NURIDA SURAYA
Tahniah diucapkan kepada Rizman Nordin dan isteri yang baru saja menyambut kehadiran seorang lagi cahaya mata dalam kehidupan mereka.
RECAP STAIL PERIBADI SELEBRITI LELAKI DI KLFW 2023
"KLFW is back once again!" Selain pertunjukan koleksi fesyen lokal terkini, KFLW juga dibanjiri oleh selebriti yang punyai gaya sendiri. Ini pilihan GLAM Lelaki.
#GL15TAHUN GO FORTH AND CONQUER, RIZMAN RUZAINI
Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan GO FORTH AND CONQUER, RIZMAN RUZAINI.