Skip to content

TOGA ARCHIVES X H&M, PADUAN KLASIK & AVANT-GARDE

TOGA ARCHIVES X H&M, PADUAN KLASIK & AVANT-GARDE

Kongsikan artikel ini
1 of 7

ITEM FESYEN APAKAH YANG HANGAT MINGGU INI? SEMAK KOLEKSI KAPSUL TOGA ARCHIVES x H&M YANG HANGAT SEBAGAI TRIK GAYA MUSIM BAHARU. 

 

H&M membawa suatu kelainan dalam legasi mewah pakaian lelaki. Mengumumkan kerjasama TOGA ARCHIVES x H&M secara rasminya bakal dilancarkan mula 2 September dalam talian. 

Koleksi kapsul hasil kerjasama bersama pereka fesyen bebas yang berpusat di Tokyo, yang diasaskan pada 1997 oleh Yasuko Furuta, terkenal dengan rekaannya yang bersifat ‘experimental’ dan punya sisi sensual. Koleksi ini menggabungkan rekaan klasik pakaian lelaki bersama identiti gaya TOGA. 

TOGA ARCHIVES X H&M, PADUAN KLASIK & AVANT-GARDE

TOGA ARCHIVES X H&M, PADUAN KLASIK & AVANT-GARDE

Disertakan kempen yang digayakan oleh Jane How dan di foto oleh Johnny Dufort dengan menggunakan latar seni bina Barbican Estate di London. Koleksi ini penuh dengan kegemaran TOGA sendiri. 

Kot trench hybrid, kemeja berkonstruksi, sut dan jaket bomber bercorak, juga aksesori yang unik, nyata memberi sentuhan baharu dan segar untuk golongan lelaki. Selaras dengan musim baharu, terdapat helaian kemeja jalur biru dan jumper kolar V yang berperincian, antara yang menjadi pilihan GLAM Lelaki. 

Kesemua rekaan diolah dalam potongan yang unik dan dihadirkan dalam warna yang bervariasi juga bernuansa moden. Bukan satu gaya yang tipikal. Untuk kesempurnaan gaya, misalnya gaya malam, padankan dengan rantai atau jaket bomber yang boleh diterbalikkan dengan lapisan skaf. 

Berikut merupakan item-item utama dari koleksi TOGA ARCHIVES x H&M yang menjadi pilihan GLAM Lelaki.

 

1 of 7

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’

Bacaan Lanjut

REKAAN LOKAL, GAYA GLOBAL: JENAMA BAG TO CHECK OUT

Bacaan Lanjut

PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN

Bacaan Lanjut

OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut