TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU
Skechers memukau di KLFW 2024 dengan koleksi The UNO Fall/Winter 2024 menandakan pencapaian penting dengan paparan fesyen mengagumkan.
Pada 2 Ogos 2024, Skechers melakar sejarah dengan debut cemerlangnya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024. Acara ini menyaksikan pelancaran koleksi The UNO Fall/Winter 2024 yang sangat dinantikan, menandakan pencapaian penting bagi Skechers. Pertunjukan tersebut menarik perhatian industri dan peminat fesyen dengan kombinasi sempurna antara gaya, inovasi, dan keselesaan yang mempesona.
PENAMPILAN MEMUKAU SKECHERS DI KLFW 2024

Foto: Skechers Malaysia
Acara ini berlangsung di Suria KLCC, sebuah destinasi membeli-belah ikonik di Kuala Lumpur. Dengan mempunyai lebih dari 500 tetamu yang terdiri daripada ahli media, personaliti fesyen, influencer media sosial, VIP Skechers, serta rakan kongsi yang dihormati
Pertunjukan ini dihasilkan oleh pengarah gaya dan kreatif terkenal Malaysia, Min Luna. Tidak lupa juga dengan persembahan bertenaga oleh tiga personaliti muzik terkemuka DJ Ili Ruzana , penyanyi dan penulis lagu Alex Ungku dan seterusnya DJ Azfar Jamili yang mempersembahkan persembahan dinamik.

Foto: Skechers Malaysia
Cha Eun-woo sebagai duta mereka memperagakan Skechers Slip-ins: Tres-Air UNO yang terbaru. Jenama ini menonjolkan inovasi baru dalam rangkaian kasut Skechers, menggabungkan gaya dan keselesaan dengan reka bentuk Slip-ins. Skechers Tres-Air UNO dijangka menjadi sebahagian daripada koleksi terbaru mereka, menekankan kemudahan penggunaan dan penampilan moden.
Pelancaran ini meletakkan Tres-Air UNO sebagai produk unggul dalam pasaran kasut, menggabungkan reka bentuk bergaya dengan teknologi keselesaan ikonik Skechers.

Foto: Skechers Malaysia
Pelancaran ini sekaligus memperkenalkan Tres-Air UNO, inovasi terbaru dalam koleksi Skechers yang menekankan gaya dan keselesaan. Menggabungkan teknologi keselesaan terkini untuk pengalaman pemakaian yang dipertingkatkan, menampilkan reka bentuk moden dan bergaya yang selaras dengan trend fesyen semasa
Ini meletakkan Tres-Air UNO sebagai produk unggul dalam pasaran kasut, menggabungkan reka bentuk bergaya dengan teknologi keselesaan ikonik Skechers.
Pautan Berkaitan: KENALI BAKAL SUAMI YAM TENGKU PUTERI AFZAN AMINAH HAFIDZATULLAH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ONITSUKA TIGER TAI-CHI OG KEMBALI DENGAN SILUET IKONIK AWAL 2000-AN
Onitsuka Tiger menggabungkan warisan, minimalisme dan fungsi dalam rekaan TAI-CHI OG yang relevan untuk gaya masa kini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™”, SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 80’AN
Onitsuka Tiger hadir dengan model terbaharu yang diinspirasikan oleh bola tampar era 1980-an, ROTEMIT™ dengan rona-rona unik.
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.











