Skip to content

TIP & TRIK PENGGAYAAN KASUT WINGTIP

Kongsikan artikel ini

1

Kasut wingtip adalah item fesyen wajib ada buat setiap lelaki. Ia membiaskan penampilan stylish menerusi rekaan klasik, moden serta memenuhi elemen maskulin. GL mempersembahkan trik untuk tampil kreatif dan segar.

Kasut wingtip adalah pelaburan aksesori fesyen terbaik. Walaupun harga di pasaran agak tinggi, tetapi ia boleh dipakai sampai bila-bila. Seringnya kita menyarung kasut kulit hitam oxford ke pejabat atau acara formal, cuba gantikan dengan kasut wingtip. Rekaan dan warna kasut ini hadir dalam tema klasik, tetapi bergantung kepada kreativiti anda untuk suai padan dengan helaian lain agar nampak segar. Jika ke acara formal, sunting tema gaya preppy seperti bermain dengan warna (jingga, biru) dan gantikan kemeja dengan baju sejuk turtle neck. Gaya ini mengambil ilham mod yang kini menjadi trend semula.

Cara menggilap dengan betul
• Anda hanya perlukan tiga item ini; kain lembut, penggilap kasut dan berus kasut.
• Hilangkan kotoran pada permukaan atau celah-celah kasut menggunakan berus kasut. Tunggu sehingga ia kering.
• Celup sedikit penggilap kasut pada kain lembut.
• Sapukan pada bahagian permukaan kasut terlebih dahulu dalam putaran 360 darjah.
• Kemudian, gosokkan bahagian tersebut menggunakan berus dengan tekanan lebih kuat.
• Akhir sekali, tiup pada bahagian-bahagian kasut yang terlindung agar tiada kotoran terperangkap pada lubang-lubang kecil kasut.

2

Kasut wingtip bisa digayakan bila-bila masa. Tak semestinya acara formal (disebabkan rekaannya), ia juga bertindak sebagai pelengkap gaya kasual. Kasut wingtip material suede ini terarah moden dan lebih kasual. Saranan kami, cuba padankan dengan seluar pendek bermotif serta jaket utiliti dan sudahkan dengan lilitan skarf. Ia mencipta gaya sempurna kala musim sejuk. Tidak perlu berstoking, sarungkan kasut wingtip untuk tampil fun and trendy.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ECCO

ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI

Bacaan Lanjut
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU

Bacaan Lanjut
SANDALS

10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024

Bacaan Lanjut
Skechers KLFW 2024

TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU

Bacaan Lanjut

ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY

Bacaan Lanjut

FIRST LOOK: KONSEP BAHARU BUTIK DIOR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut