Skip to content

TUKSEDO ALA ‘BDSM’ ADAM RIPPON CETUS KONTROVERSI

Kongsikan artikel ini

Olympics? Check! Next stop: Hollywood. Baru-baru ini berlangsungnya anugerah Oscar ke 90, meraikan kegemilangan sinema dan perfileman Hollywood di mana filem arahan Guilmermo Del Toro, The Shape Of Water menggungguli dengan merangkul antara dua anugerah utama, filem dan pengarah terbaik. Selain meraikan kehebatan filem, barisan pemain watak dan mereka di sebalik tabir, antara yang pasti mencuri tumpuan adalah barisan selebriti dan personaliti hadir memeriahkan karpet merah sebelum majlis berlangsung. Yang pasti, kehadiran seorang atlet mencetuskan kontroversi.

Ya, itulah yang terjadi apabila kehadiran peluncur ais Amerika Syarikat dan juga pemenang pingat emas di Pyeong Chang 2018 di karpet merah Oscar menjadi bualan ramai. Yang pasti, ramai yang tidak henti membicarakan tentang tuksedo yang disarungnya. Atlet berusia 28 tahun ini dilihat mengenakan tuksedo yang diinspirasikan dari salah satu aktiviti seksual popular iaitu BDSM yang bermaskud (Bondage, Discipline, Sadism, and Masochism). Apatah lagi, jelas kelihatan tali kulit kuda yang melintang di dada serta perincian di bahagian bahu! Adam nyata berani.

Adam Rippon ditemani Mirai Nagasu di karpet merah Oscar baru-baru ini.

Dengan kemeja putih di dalam, tuksedo Rippon tidak menutupi bahagian bahu. Sebagai gantinya, ia dihiasi dengan gesper dari bahagian depan ke bahagian belakang bahu. Nyata ini satu ekspersi Adam dalam berfesyen, tambahan pula dirinya tiada segan silu mengakui bahawa dia adalah seorang ‘gay’. Yang pasti, penampilan beliau dengan tuksedo ilham dari Jeremy Scott ini nyata mendapat pujian ramai termasuk dari Tyra Banks sendiri yang mengelar Adam “liar namun tetap fashionable”

“Bukan sahaja Adam seorang atlet yang hebat, dia adalah inspirasi kepada saya kerana keazamannya dan kelantangannya dalam bercakap apa yang benar serta memerangi ketaksuban dan kebencian dengan cinta dan kepintaran,” kata pengarah kreatif Moschino, Jeremy Scott. Nice work Adam! 

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Mac 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

"HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE." - NINA HASNUL

“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL

Bacaan Lanjut

TRIO BOSS: LORIS KARIUS, MATTEO BERRETTINI & MILES CHAMLEY

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN TERBAIK NADHIR NASAR

Bacaan Lanjut

ASHRAF ANUAR: VISI DAN GAYA DALAM DUNIA FESYEN SVG

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD

Bacaan Lanjut

GAYA BEST DRESSED LELAKI DI OSCAR 2025

Bacaan Lanjut