YOON CHAN-YOUNG SEBAGAI DUTA COACH KOREA
Yoon Chan-Young menambat ramai penonton siri zombie bertajuk All of Us Are Dead yang disiarkan di Netflix. Fenomenanya terus menarik perhatian Coach untuk dijadikan wajah utama dipasaran Korea. Apatah lagi, Yoon Chan-Young yang masih muda remaja mampu mempromosikan jenama berlegasi indah New York ini kepada generasi Z.
Apakah memori terbaik bersama Coach sebelum dilantik menjadi duta jenama ini?
Antara memori yang terawal adalah ketika saya masih di bangku sekolah rendah. Waktu itu ibu saya sudah menggayakan beg Coach, maka ia bukanlah satu jenama asing buat saya. Satu lagi, ketika merakam siri All of Us Are Dead, Coach menghadiahkan saya satu beg kulit untuk digunakan sebagai pelengkap watak pelajar kolej.

Kongsikan perasaan kamu setelah menjadi duta Coach sekarang?
Saya terkejut apabila diberitahu tentang berita baik ini dan ditugaskan sebagai duta buat jenama global. Saya tidak sabar untuk melaksanakan tugas sebagai duta Coach.
Nyatakan tugasan yang bakal dilaksanakan oleh kamu sebagai wajah utama Coach Korea?
Coach adalah satu jenama global yang kaya dengan legasinya, maka saya mahu menjadi medium agar mampu berhubung dengan pelbagai lapisan generasi. Jenama ini lengkap dengan pilihan bercitra tradisional dan barangan yang trendy. Sebagai contoh, sekarang ini Coach banyak menghasilkan kolaborasi bersama jenama lain serta masih menghasilkan item yang bermutu. Tugas saya adalah memadukan kedua-duanya serta mempromosikan barangan Coach kepada kelompok generasi seusia.

Perkara yang buat kamu jatuh cinta pada Coach?
Coach berpaksi pada watak semulajadi dan ia sebaris dengan misi saya dalam hidup yakni mahu menjalani kehidupan yang lebih autentik pada diri sendiri. Selain itu, Coach juga mempunyai nilai perasaan ingin tahu yang bermain dengan imaginasi dalam minda. Akhir sekali adalah nilai positif yang disebarkan oleh Coach termasuk ciri kepelbagaian yang diterapkan dalam jenama ini.

Bagaimana kamu injek fesyen estetik Korea pada Coach?
Apabila bercakap tentang fesyen Korea, kepelbagaian adalah kunci utamanya. Sebagai contoh adalah Hanbok yang direka dengan pelbagai elemen. Sekarang ini Hanbok direka lebih moden mengikut peredaran masa sekarang. Maka, tradisi dan legasi digabungkan bersama nilai moden terkini bersama aspek-aspek yang pelbagai agar menepati citarasa wanita moden sekarang tanpa melupakan nilai klasik. Elemen ini yang mampu kita terapkan pada fesyen sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN: KENALI BINTANG BAHARU STRANGER THINGS, JOSEPH QUINN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI
Bulan Disember merupakan bulan terbaik untuk membeli-belah kasut baharu sebagai persediaan gaya buat tahun hadapan.
5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT
Kini K-Pop sudah menyerang dunia muzik, tetapi terdapat lagu-lagu K-Pop yang amat popular dan menjadi bukti populariti K-Pop sepanjang zaman.
PESONA PERAYAAN, SENTUHAN KOLEKSI COACH HOLIDAY 2025
Koleksi Coach Holiday Gift Guide 2025 hadir dengan seleksi yang mewah dan diperkaya dengan sentuhan kraf New York yang begitu ikonik.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
THE COACH RESTAURANT SINGAPORE: GAYA HIDUP MEWAH DI JEWEL CHANGI AIRPORT
Terokai The Coach Restaurant Singapore menyatukan fesyen, seni kulinari dan gaya hidup mewah di Jewel Changi Airport.











