Boss The Collection, 8 Haruman Eksklusif Hugo Boss
Haruman itu bukan sekadar disembur untuk mengharumkan tubuh, tetapi sebenarnya ia punya fungsi berbeza-beza bagi setiap orang. Ada orang jadikan haruman sebagai daya penarik, menjadi cerminan personaliti diri. Malah ada juga yang menajdikan haruman sebagai ‘alter ego’ mereka, memercikkan keyakinan diri dan memberi imaginasi tentang sisi diri yang berbeza.

Jadi tidak hairan mengapa ada sesetengah orang menjadikan haruman sebagai ‘topeng’ yang mengaburi tentang personaliti mereka. Pernah jumpa perempuan yang suka menyembur haruman lelaki? Pasti pernah, jadi itu mungkin kerana cita rasanya, atau kerana mahu haruman berbau maskulin itu sebagai medium menzahirkan keyakinan mereka.
Hugo Boss mahu memanjakan lelaki dengan barisan harumannya, yang hadir dengan variasi demi memenuhi kehendak juga cita rasa lelaki sejagat. Boss The Collection, sebuah rangkaian yang eksklusif, yang setiap satunya diramu dan diadun dengan teliti agar tiap satunya menjadi cerminan tepat setiap identity, samalah seperti helaian-helaian Hugo Boss, yang dibangunkan setiap koleksinya dengan potongan, material serta kemasan terbaik.

Boss The Collection tampil dengan lapan aroma yang cukup eksklusif, antara yang membarisinya ialah Vigorous Cologne, sebuah haruman beradun sitrus dan kayu-kayan, pilihan tepat buat yang mahukan sesuatu bau yang ‘bersih’, ringkas dan segar. Elegant Vetiver pula memercikkan sebuah aroma yang elegan, berbau mewah. Dibayangkan haruman ini sering menjadi pilihan mereka yang sering bergaya dengan sut-sut kustom sahaja, yang cukup cerewet dalam pemilihan helaian yang disarung.

Elegant Vetiver juga dibayangkan sama dengan lelaki-lelaki yang gemar menyarung sut kustom, yang dijahit cermat mengikut tiap inci lekuk tubuhnya. Bau yang muncul dari kelalang ini pastinya disegari dengan aroma vetiver dan Boss menambahkan pistachio dalam haruman ini. Melengkapkan koleksi ini ada juga Noble Wood (oakwood beradun dengan wiski vintaj), Daring Saffiano (yang segar dengan elemen geranium), Bold Incense dan juga Confident Oud yang mewah dengan aroma oud yang cukup maskulin dan menonjol. Confident Out akan dilancarkan dalam masa akan datang. Boss The Collection hadir dalam kelalang 100ml.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
TREND GROOMING LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI HUJUNG TAHUN 2026
Daripada skinimalism hingga teknik fragrance layering, trend grooming lelaki kini mengutamakan rutin yang ringkas dan praktikal.
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.











