KOMBINASI KUASA DAN STAIL MOTO M

Peranti Motorola sudah mula mengorak langkah untuk kembali memasuki dan bersaing semula di pasaran tempatan. Terkini, salah satu peranti baru yang turut telah dipasarkan adalah Moto M yang hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan telah mula dijual di pasaran Malaysia.

Moto M datang dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan resolusi penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P15, dan dilengkapi memori 4GB RAM serta ruangan storan 32GB. Moto M menggunakan Android 6.0 Marshmallow, dan dilengkapi kamera belakang 16-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Seperti sejumlah peranti berasaskan MediaTek, Moto M turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM.

MotoM_GoldDv_InSitu_Shot05

Cap jari adalah kata laluan anda. Antara spesifikasi menarik yang ditawarkan oleh Moto M adalah aspek keselamatan dimana cap cari adalah kata laluan anda. Buka (unlock) atau tutup telefon pintar ini dengan sensor cap jari ultra-pantas, dengan hanya menyentuh pembaca jap jari. Sangat mudah dan cepat!

Di Malaysia, ia telah mula dijual pada harga RM1199, dan ia hadir dengan sokongan jaminan setahun dariapda Lenovo Malaysia. Ia datang dengan dua variasi warna menarik iaitu emas dan kelabu.

MotoM_FineGoldDv_LaydownCombo_RGBTekan link ini untuk spesifkasi penuh Moto M. Jangan lupa dapatkannya di pasaran hari ini!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Januari

 

Tags: , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.