Skip to content

TUTI NOOR: dari Library Science ke modeling

Kongsikan artikel ini
Teks, penyelaras & penata gaya: Ardi Idewani Zaini
Solekan & rambut: Syed Faizal Syed Noh
Gambar: Raisa Nor Azzam
Pakaian: H&M dan H&M Studio FW2016

tuti2

Daripada raut wajah mahalnya, orang akan mengagak Tuti atau Nooraini Noor orang yang garang atau asyik bermuka masam. Padahal tidak pun. Dia orang yang sangat lembut. Pertuturannya pun baik saja.

“Kalau kamu nak tahu, ayah saya berkhidmat dalam tentera dan ibu saya adalah cikgu. Haha! Pasti ramai tak boleh sangka yang anak mereka pula adalah model,” kata Tuti kepada saya. Tuti tidak melihat latarbelakang ibu bapanya sebagai halangan untuk dia menjadi model professional. “Mula-mula, cara saya untuk menangkan hati ibu bapa saya adalah berkongsi dengan mereka semua penggambaran yang saya pernah terlibat. Jadi, bila melihat semua hasil kerja saya, mereka akan melihat betapa seriusnya saya fasal medelling.”

Tuti menjadi semakin dikenali sebaik saja dia menyertai Asia’s Next Top Model musim keempat. Dia antara peserta kegemaran kerana kebolehan modelingnya yang menggambarkan kriteria high fashion sebenar. “Apabila saya menyertai AsNTM (Asia’s Next Top Model), saya tidak mementingkan diri sendiri. Saya fikir, ‘I’m doing this for Malaysia.’ Apabila tidak ke peringkat akhir. Kecewa itu kecewa jugalah. But at least I’ve did it.”

Saya difahamkan kamu belajar dalam bidang Library Science di universiti sebelum menjadi model? Ya! Mesti kamu tak expect, kan? Ketika masih belajar di universiti, ada senior yang mendekati saya dan mahu saya membuat test shot. Langsung, ia membuka mata saya dan lahir sedikit rasa minat untuk menjadi model.

Jadi bila agaknya kamu benar-benar serius? Pabila saya diperkenalkan dengan pereka fesyen Afiq Mohamed dan menjadi model untuk kempen koleksinya, daripada situ, fotografer Bibo Aswan juga mula menyedari kewujudan saya dalam industri fesyen. Bertemu dengan orang-orang lain yang juga dari industri yang sama… terus saya fikir, “Ok, this serious. I wanna do this. I really do.”

Dan pabila kamu menjadi peserta Asia’s Next Top Model musim keempat, lagilah menjadi perhatian seluruh Asia. Haha! Asia’s Next Top Model adalah pengalaman yang sukar saya lupakan. Itu semua kerana keberanian saya sendiri dan atas dorongan teman-teman rapat juga. Dan salah satu tujuan saya untuk menyertainya kerana mahu memecah tradisi ‘model harus cantik’. Kerana bagi saya, untuk menjadi model ternama tidak semestinya menjadi cantik.

tuti-2

Baik, bercakap tentang lelaki. Dalam pengertian kamu, lelaki itu…
Interesting creature.

Jika si lelaki ingin membawa si wanita untuk keluar ‘first date’, apakah peraturan yang lelaki perlu patuhi?
Jangan bercakap tentang hubungan cintanya yang terdahulu, jangan mengasari si wanita dan tidak perlu mengatakan, ‘Can we split the bill?

Apakah perkara normal yang lelaki buat dan kamu rasakan ia seksi? Lelaki yang membuat aksi membetulkan rambutnya.

Bergelar model, adakah kamu mementingkan berpacaran antara model bersama model? Atau kamu jenis yang tidak kisah? Secara peribadi, saya suka tengok model yang berpacaran sesama model. Bagi saya itu pasangan yang seksi. Tetapi jika diri saya sendiri, saya tidak kisah untuk bersama siapa-siapa pun. Asalkan dia pandai menjaga diri saya.

*Temuduga versi penuh boleh didapati dalam GL edisi Ogos 2016.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ADAM AZMAN, MODEL GENERASI BAHARU BERCITA-CITA TINGGI

Bacaan Lanjut
Tisya Ong

“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut