Kempen Kesedaran Movember Lebih Meriah

movember

Movember yang muncul setiap November semakin mendapat perhatian tahun demi tahun dan telah mencetus kesedaran serta meraih dana untuk menangani kanser prostat dan testikular. Kini menjadi acara tahun di serata dunia, Movember secara berkias turut membawa mesej yang lebih santai dengan menggalakkan lelaki untuk berkumis dan menyimpan misai demi sokongan terhadap misi kesedaran ini.

Tahun ini sekali lagi Pisco Bar, KL dengan kerjasama portal Bfab dengan sokongan National Cancer Society Malaysia telah melancarkan Movember bersama barisan selebriti bergelar Duta Movember serta personaliti tempatan. Mereka yang hadir termasuk Awal Ashaari, Scha Alyahya, Diana Danielle, Arja Lee, Fuad Alhabshi, Sazzy Falak, Megat Alfie, Joshua Fitton, Yuvanes Kumar, Sha’arin Razali Wong, Ken Lim, Danial Beltsos dan Pawel Natreba. Turut member sokongan pada kempen ini adalah Alex Yoon, Ash Nair dan Prakash Daniel.

Dana Movember kali ini dikutip melalui penjualan tiket bernilai RM20 yang turut menawarkan cabutan bertuah bernilai lebih RM30,000  melalui sokongan penaja Bfab (bfab.my), Starwood Hotels, The Frangipani Langkawi Resort & Spa, Swiss-Garden Hotel & Residence KL, SkyBar at Traders Hotel KL, The KL Journal Hotel, Bubble Gum Wax, Josh Lee Fragrances, Sothys Malaysia, ZALORA, Toni And Guy, Gentlemen’s Tonic Malaysia, LOGO Fashion Lounge & Gallery, GrabMY, Parkson (Acca Kappa Malaysia, MOR, Models Own Malaysia and Eva Garden, Harnn & Mades and Scent Maker & Qiriniess), Favful, KPJ Hospitals, Nanomen and Ubermen, Malaysia Philharmonic Orchestra, Kens Apothecary dan beberapa lagi organisasi yang bermurah hati.

Jika anda juga ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian secara online di laman rasmi Bfab (bfab.my – portal yang menyediakan khidmat rias dan belai diri oleh pelbagai pakar khidmat kecantikan secara mudah 24 jam sehari sama ada melalui desktop atau aplikasi telefon mudah alih).

Kemuncak ada Movember akan berlangsung pada 24 November ini, jam 9 malam di Pisco Bar yang akan mengadakan acara lelongan amal, cabutan bertuah daripada tiket yang dijual dan pertandingan misai terbaik.

Secara tidak langsung sokongan mereka telah membangkitkan lebih kesedaran kepada orang ramai supaya lebih peka akan ancaman senyap pada kesihatan lelaki ini serta kemungkinan berdepan dengan kemurungan. Bukan sekadar buat lelaki, sokongan dari wanita juga penting serta memainkan peranan untuk peka pada kesihatan buat lelaki yang mereka sayangi.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari halaman rasmi https://www.facebook.com/events/1103714279749984

 

Tags: , , , , , ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.