Tak dinafikan masih ramai yang suka memakai seluar ketat atau ‘skinny jeans’ tak kisah lah perempuan atau lelaki. Yang pasti, skinny jeans buat si pemakai nampak lebih kurus dan tinggi tetapi menurut doktor pakar, ada bahayanya jika terlalu kerap dan suka memakai seluar ketat.

Si pemakai akan terdedah kepada masalah kerosakan saraf dan sendi terutama pada bahagian pinggul dan pinggang. Bila kita pakai seluar yang ketat, pergerakan sendi di bahagian bawah akan jadi terhad terutama di bahagian pinggang. Bahagian pelvis dan pinggul juga akan jadi sangat sempit menurut Ketua Unit Fisioterapi, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Zunaidah Abu Samah.

Kesannya, si pemakai akan rasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.

Sumber: Wanista