BUTIK KONSEP CELINE DIPERKENAL DENGAN SENI REKA MENAWAN

CELINE, jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi baru-baru ini memperkenalkan butik berkonsep bentuk seni bina yang baru untuk keseluruhan butik di seluruh dunia. Konsep kedai CELINE ini diumumkan bersempena pembukaan gedung New York Madison Avenue pada 18 Februari. Terletak di 650 Madison Avenue, butik berkonseo baharu CELINE ini adalah yang terbesar di dunia dengan ruang jualan 500 meter persegi, yang menampilkan koleksi wanita termasuk lelaki.

Direka khas oleh Pengarah Kreatif, Hedi Slimane, butik berkonsep ini mempraktikkan bahan semula jadi yang terbaik dengan kepelbagaian arca dipamerkan indah menghiasi ruang. Batu-batu semulajadi disusun bersama kayu oak, konkrit, keluli tahan karat yang digilap, tembaga dan cermin emas dalam konteks abad ke-21.

Karya-karya seni khusus adalah satu lagi komponen utama yang memaparkan artis kontemporari seperti James Balmforth, Jose Davila, Elaine Cameron Weir dan Oscar Tuazon.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Februari 2019

Tags: ,

Copyright © 2017. Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). Hak Cipta Terpelihara.