JOE ALWYN X PRADA MUSIM LURUH/PANAS 2018
Wah sejak digosipkan berpasangan dengan penyanyi Taylor Swift, populariti aktor Britain Joe Alwyn terus mendadak naik selepas dirinya dilamar menjadi wajah eksklusif untuk kempen terbaru musim luruh / panas 2018 jenama pakaian popular Prada. Well done Joe! Sejak membintangi filem Ang Lee ‘Billy Lynn’s Long Halftime Walk dan mendapat pujian ramai dari para pengkritik, menjanjikan tahun yang menguntungkan buat aktor 27 tahun ini.
Untuk kempen eksklusif ini, Joe bekerjasama dengan jurugambar terkenal Willy Vanderperre untuk beberapa shot menarik, termasuk di Galleria Vittorio Emanuele II, Milan, Itali. Antara koleksi yang disarung Joe untuk kempen ini termasuk sut, kemeja, beg sandang dan lain-lain.
Malah khabarnya pengambaran ini diilhamkan oleh novel grafik yang memaparkan Joe yang digambarkan sebagai “hero pra-moden Prada.” Selain itu, jelas jurucakap Prada, Prada menggambarkan Joe sebagai “bintang filem muda yang semakin meningkat” malah melabelkan Alwyn sebagai protagonis Prada serba baru dengan imej-imej ini. Dia seorang penakluk, pengembara dan idola. Satu penjelmaan baru yang pasti heroik dan ideal untuk lelaki Prada.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 9 November 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN
Selepas menghasilkan lebih 100 koleksi selama 38 tahun, Dries Van Noten bakal mempersembahkan koleksi terakhirnya pada musim panas ini.
GLAM LELAKI MOST STYLISH 2023
2024 is just around the corner! Jadi ini lah masa yang tepat untuk kita lihat siapakah lelaki yang paling stylish bagi tahun 2023 ini.
10 MOMEN FESYEN KARPET MERAH TERBAIK SEPANJANG 2023
Memandangkan 2023 bakal berakhir, tiba masa untuk meninjau kembali gaya selebriti dan fesyen paling menyerlah di karpet merah berprestij.
8 MOMEN FESYEN TERBAIK POWER COUPLE HOLLYWOOD PADA 2023
Gaya Taylor Swift dan Travis Kelce mencuri perhatian baru-baru ini. Bagaimanapun stail pasangan Hollywood lain tidak kurang hebatnya.
10 STAIL SELEBRITI LELAKI YANG MENCURI PERHATIAN DI FASHION AWARDS 2023
Tinjau gaya segak selebriti yang mencuri perhatian lensa kamera di Fashion Awards 2023 bertempat di Royal Albert Hall London.
10 GAYA SEGAK SELEBRITI DI KARPET MERAH ACADEMY MUSEUM GALA
Karpet merah Academy Museum Gala 2023 diserikan dengan kemunculan bintang dalam persalinan memukau daripada pereka ternama.