Penyanyi rap ulung negara dijemput ke Minggu Fesyen New York untuk menjadi penghias barisan hadapan acara pertunjukan fesyen Coach Musim Bunga 2020.

Ini adalah momen pertama buat Joe Flizzow ke acara besar Minggu Fesyen New York dan paling membanggakan adalah bersama jenama Coach yang mana cukup popular di kalangan orang Malaysia. Pelbagai aktiviti yang berlangsung di New York turut disertai oleh Joe termasuklah menghadirkan diri ke acara The Coach Originals.

Ketika acara Coach berlangsung di High Line, Joe sempat juga merakamkan gambar dengan Editor majalah Vogue yakni Anna Wintour. Joe hadir dalam persalinan jaket dengan kemeja merah, menyerlahkan lagi statusnya sebagai selebriti kelas A asal Asia! GLAM Lelaki turut mencuri masanya untuk merakam gaya Coachnya di New York.

 

Pengarah Fesyen: Aizat Aidid | Gambar: Zane Gan