Mengenakan sesuatu kaca mata hitam pastinya menjadikan gaya anda lengkap serta nampak mempunyai effort tatkala berfesyen. Kali ini GLAM Lelaki tampilkan Aiman Hakim Ridza segak bergaya bersama beberapa bentuk kaca mata baru daripada jenama Police Eyewear, yang turut menjadi kaca mata pilihan filem Men In Black: International yang kini ditayangkan di pawagam.

Kaca mata hitam Police Origins 1 SPL872K

Rekaan bingkai petak bersama logo ikonik Police ’90-an yang datang bersama bekas istimewa Men in Black : International ini sudah semestinya menjadi aksesori yang sesuai untuk lelaki moden dan dipadankan bersama gaya kasual untuk mood gaya ala ejen MIB. Kali ini GLAM Lelaki menerokai akaun Instagram enam bintang tanah air antaranya Azrel Ismail, Andi Bernadee, Eleena Sui, Nazrief Nazri dan Izzue Islam untuk melihat bagaimana mereka menggayakan kaca mata hitam edisi Men in Black : International dari Police Eyewear ini.

Eleena Sui

Azrel Ismail

Nazrief Nazri

Andi Bernadee

Istimewa bersempena filem baru ‘Men In Black: International’ lakonan Chris Hemsworth dan Tessa Thompson baru-baru ini, Police Eyewear telah menghasilkan satu rekaan kaca mata eksklusif (Origins 1 SPL872K) serba hitam dalam kemasan berkilat khas buat filem ini yang digunapakai sebagai aksesori kaca mata setiap dari ejen MIB.

KACA MATA EKSKLUSIF POLICE EYEWEAR EDISI MEN IN BLACK: INTERNATIONAL

1 of 3

1 of 3