Skip to content

ZAYN MALIK BERSAMA GIUSEPPE ZANOTTI

Kongsikan artikel ini

Setelah menawan industri muzik pabila tampil solo dengan album sulungnya selepas dibayangi One Direction, Zayn Malik melangkah setapak lagi dalam bidang fesyen apabila hadir dengan line jenama kasutnya sendiri, hasil kolaborasi bersama Giuseppe Zanotti, pereka kasut terkenal dari Itali.

02_giuseppezanotti_126_ecirgbv2

Melalui temubualnya bersama dengan media antarabangsa baru-baru ini, Zayn pertama kali bertemu Giuseppe sewaktu menghadiri Minggu Fesyen Paris 2015 bersama kekasihnya, Gigi Hadid, dan kerjasama ini terus terjalin antara mereka berdua. Jelas Zayn Malik lagi, walaupun beliau menyedari cabang bidang masing-masing agak berbeza, namun mempunyai banyak persamaan dari segi penjenamaan dan idea untuk rekaan kasut.

Image result for zayn malik giuseppe

Image result for zayn malik giuseppe boot

Jelasnya lagi, “Saya sukakan rekaan yang memiliki ciri-ciri gelap dan pelik, dan Giuseppe tidak takut untuk bermain dengan elemen-elemen ini walaupun sebelum ini beliau terkenal dengan rekaan kasut yang lebih feminin. Proses mereka bentuk koleksi saya benar-benar menyeronokkan dan saya cukup berpuas hati dengan hasilnya! Fesyen, sama jua seperti muzik, mencapai kepada semua orang dan menjadi satu lagi saluran untuk saya menjadi kreatif. Malah, saya banyak belajar tentang stail dan rekaan kasut daripadanya. Kasut hasil kolaborasi ini lebih edgy, serta digabungkan dengan gaya ikonik rock ‘n roll dan warna organik.”

Malah, Giuseppe mengakui suka bekerjasama dengan Zayn Malik kerana mereka berkongsi visi yang sama dan teruja dengan kerjasama ini. Ternyata kolaborasi ini menjadi dan pasti ramai yang tertarik dengan rekaan kasut khas dari Zayn Malik ini.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
hackett London

HACKETT LONDON SELAMI SEMANGAT SEPANYOL BERSAMA JENSON BUTTON DAN MATTHEW GOODE

Bacaan Lanjut
Paris fashion week 2024

15 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI PARIS FASHION WEEK FALL 2024

Bacaan Lanjut