SHAWN MENDES X EMPORIO ARMANI
Shawn Mendes, penyanyi kelahiran Kanada yang popular dengan lagu-lagu seperti Stitches, Mercy, Treat You Better and There’s Nothing Holding Back ‘meminjamkan’ kekacakkan dan popularitinya untuk kempen terbaru jenama pakaian antarabangsa terkemuka Emporio Armani, yang memfokuskan kepada perniagaan jam tangan pintar.


Selain itu, Shawn Mendes juga turut sama menyertai persembahan fesyen Emporio Armani dengan ‘berjalan’ di atas pentas tersebut memperagakan beberapa koleksi jenama tersebut. Siapa menyangka Shawn juga punya bakat menjadi model peragaan, dan pastinya tidak sukar memandangkan dirinya baru sahaja berusia 17 tahun dan without a doubt, mempunyai rupa yang kacak dan punya fanbase yang kuat.


Sejak seminggu lepas, Emporio Armani turut melancarkan beberapa set kepingan gambar Shawn Mendes beraksi di hadapan lensa kamera, menyarung busana kempen EA yang diberi nama ‘Connected’. Shawn turut menyarung koleksi jam tangan pintar EA di pergelangan tangannya. Saksikan video Shawn berjalan di persembahan fesyen dan eksklusif iklan kempen tersebut dengan menekan pautan di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=z7MPbLonRSk
https://www.youtube.com/watch?v=G6J0oK1u_Sc
Oleh Wan Mohd Firdaus, 19 Jun 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.











