Skip to content

SPIDERMAN KINI LEBIH HEROIK DAN JANGGAL, NAMUN BERKESAN

Kongsikan artikel ini

Kelmarin, GLAM Lelaki berkesempatan untuk menghadiri pra-tonton tayangan filem reboot kedua francais superhero kesayangan ramai iaitu Spiderman: Homecoming yang dijadualkan akan mula ditayangkan secara rasmi pada Khamis ini. Filem yang diarahkan oleh Jon Watts in menyaksikan pelakon muda British yang semakin meningkat naik, Tom Holland mengalas watak Peter Parker aka Spiderman selepas Tobey Maguire dan Andrew Garlfield. Selain itu, filem ini turut disokong pelakon-pelakon hebat seperti Robert Downey Jr, Michael Keaton dan Marissa Tomei, serta Zendaya, Jacob Batalon, Laura Harrier dan ramai lagi.

Sedikit mengenai plot filem ini, ia mengisahkan tentang bagaimana Peter Parker melalui kehidupan superhero nya selepas misi terakhir pertempuran beramai-ramai dalam filem Captain America: The Civil War. Seperti mana yang diketahui, Tony Stark adalah mentor kepada Peter, dan menerusi filem ini Peter cuba mengimbangkan peranannya sebagai seorang pelajar SMA di sebuah sekolah di Quenns, New York dengan kehidupannya sebagai seorang super-hero yang ‘dahagakan’ aksi membanteras kejahatan, sehinggalah dirinya berhadapan dengan musuh, The Vulture yang ingin merampas sesuatu milik Iron Man dalam misi merancanakan kemusnahannya yang tersendiri.

KESINAMBUNGAN THE AVANGERS

Kenapa filem Spiderman: Homecoming menjadi? Sudah pasti dengan jalan ceritanya yang mudah difahami malah boleh dikatakan menghiburkan. Bagi penulis, ramuan filem ini berjaya dek kerana kesinambungan dari filem The Avangers termasuklah kehadiran Iron Man yang melengkapkan kisah kehidupan Spiderman. Ya, anda tidak akan dihidangkan dengan kisah bagaimana Peter Parker menjadi Spiderman. Kenapa perlu ada sedangkan kita semua sudah mengetahuinya, bukan?

Apa yang menarik adalah kisah Peter Parker selepas itu. Bagaimana Peter ingin menjadi lebih dari sekadar seorang hero yang bergayut dari bangunan ke bangunan semata untuk mengekalkan keharmonian bandar tersebut dari sebarang insiden keganasan. Dalam filem ini, anda sendiri akan dihidangkan dengan babak bagaimana ‘seksa’nya menjadi seorang Spiderman. Jika sebelum ini, it looks so simple, tetapi untuk filem ini, kita akan lebih menghargai kepayahan yang dialami hero kesayangan ramai ini, yang mana kurang ditonjolkan pada filem-filem sebelumnya.

Jadi, untuk benar-benar memahami jalan cerita filem ini, sudah pasti anda perlu menonton filem The Avangers dan Captain America: The Civil War terlebih dahulu. Jika tidak, anda mungkin sedikit keliru kerana ia punya kaitan yang rapat dengan watak protagonist, The Vulture walaupun ianya watak baru.

KOSTUM CANGGIH SPIDEY

Ya, ramai sebenarnya yang meluahkan rasa kecewa dengan kostum Spiderman sewaktu debutnya dalam filem Captain America: The Civil War. Namun, jangan sekali diukur buku melalui kulitnya. Dalam filem Spiderman: Homecoming ini, anda sendiri akan dapat melihat betapa canggihnya sut Spiderman kali ini. Ia lebih advanced! Manakan tidak, ia sebenarnya dihasilkan oleh Tony Stark sendiri dengan kecanggihan teknologi terkini! Kejanggalan Peter untuk menyesuaikan diri dengan sutnya adalah antara babak-babak menarik yang pasti membuatkan anda tidak kering gusi, sehingga menimbulkan rasa kesian pada diriya. Maklumlah, its never easy to be a superhero right?

FORMULA DEADPOOL?

Penulis percaya penulis skrip filem ini iaitu Jonathan Goldstein dan John Francis Daley telah mengambil sedikit fomula dari filem adiwira Deadpool. Kenapa penulis menyatakan demikian? But first, anda sudah menonton filem Deadpool? Antara yang menariknya adalah lawak genius yang dihidangkan. Ia tidak berlebihan, kena dengan situasi dan pasti menghiburkan. Bayangkan jika kedua Deadpool dan Spiderman dalam satu filem yang sama. Selain itu, penulis tiada masalah langsung dengan lakonan Tom sebagai Spiderman. Walaupun masih muda dan baru dalam industri, auranya cukup bersahaja. Selepas Tobey, penulis dapat merasakan dirinya memang layak dan seakan ditakdirkan untuk membawa watak ikonik ini. Rapuh, janggal, penuh bersemangat dan mudah dikawal emosi. Good job Tom!

Tom Holland seakan ditakdirkan untuk membawa watak ikonik ini.

AKSI-AKSI MENDEBARKAN

Filem superhero tidak akan pernah lari dari babak-babak aksi yang cukup mendebarkan. Antara babak yang cukup penulis kagumi dan buat penulis tidak senang duduk adalah babak di atas feri serta pertempuran terakhir antara Spiderman dan The Vulture di atas awan. Bayangkan, ketiadaan bangunan-bangunan menghubungkan sesawang Spiderman mungkin menyebabkan Spiderman jatuh terjunam bila-bila masa saja. Namun, pengarah dilihat bijak mengimbangkan elemen realisitik dan logik dalam aksi, menjadikan babak tersebut boleh kiranya ‘cukup sempurna’ di mata penulis. Namun harus diingat, dah nama pun filem superhero, pengakhirnyan mungkin boleh diagak oleh penonton.

WATAK PROTAGONIS KURANG UMMPH!

Di sebalik kelincahan aksi Spiderman menentang kejahatan, penulis punya sedikit masalah dengan watak protagonis yang ditampilkan, iaitu The Vulture. Bukan kerana lakonan Michael Keaton mahupun kostumnya, namun penulis merasakan The Vulture tidak ‘sejahat’ yang penulis harapkan. Bayangkan, terpalit rasa kesian terhadap The Vulture dalam sanubari penulis di pertengahan filem. Bukankah watak jahat dalam mana-mana filem sepatutnya melahirkan rasa kebencian membuak-buak pada penonton namun maaf, penulis tidak dapat merasai kesemua itu. Kenapa? Anda perlu tonton sendiri nanti. Yang pasti, The Vulture gagal untuk mengulangi aura menjengkelkan serta kebencian yang dihidangkan oleh watak-watak sebelumnya, seperti The Green Goblin, Dr. Octopus dan Venom. Mungkin produksi dan pengarah menyasarkan filem ini kepada kanak-kanak agaknya.

Michael Keaton membawakan watak pratoganis, The Vulture namun kurang menjadi di mata penulis.

Kesimpulannya, filem Spiderman: Homecoming adalah filem yang menghiburkan, padat dengan aksi dan wajar ditontoni. Totally recommended, dan tidak mengecawakan. Yang pasti, anda kini sudah boleh melupakan dua filem terakhir Spiderman lakonan Andrew Gardfield. Anggap saja ia tidak pernah wujud okay?

Oleh Wan Mohd Firdaus, 4 Julai 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE

Bacaan Lanjut
alif satar

“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

REXKL MELANCARKAN REXPERIENCE – SEBUAH GALERI SENI IMERSIF TERBAHARU DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
ALASAN MENGAPA 5 BINTANG HOLLYWOOD INI TIDAK LAGI DITAWARKAN WATAK UTAMA DALAM FILEM

ALASAN MENGAPA 5 BINTANG HOLLYWOOD INI TIDAK LAGI DITAWARKAN WATAK UTAMA DALAM FILEM

Bacaan Lanjut
KOLABORASI EPIK 2023: TIFFANY & CO. DAN NIKE

NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK

Bacaan Lanjut